detik-detik Terakhir di Universiti Islam Teknologi MARA Pulau Pinang

Assalamualaikum.

lagi 3 minggu ana akan meninggalkan universiti kesayangan ana. ana akan merindui suasana yang tenang dan damai disini yang ana tidak akan jumpanya di johor. ana amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran disini. jika ana tidak dimasukkan disini, ana pun tidak tahu macam mana dengan kehidupan ana. mungkin akan menjadi lebih teruk dari zaman sekolah menengah ana. ana tidak akan membuka kisah lama mengenai ana yang bisa mengaibkan diri ana sendiri.

di sinilah ana diberi hidayah oleh Allah dengan diberi sahabat yang membantu ana mendekatkan diri pada-Nya. ana akui ana jahil mengenai agama. solat pun lopong-lopong dan selalu tidak solat. Alhamdulillah, apabila masuk disini, kawan ana sering mengajar erti solat dan kelebihan solat berjemaah. ana dapat banyak ilmu agama dan terus mencintai ilmu agama sehingga sekarang. terasa jahil dan masih kurang ilmu di dada.

walaupun dihantui dengan dosa-dosa silam dan sering dipanggil ustaz oleh kawan-kawan apabila pulang ke johor sejak ana berubah, tetapi semua itu ana anggap cubaan  yang di berikan Allah untuk menguji diri ini. ana sering menasihati diri ini agar terus istiqamah dalam melakukan sesuatu. sekurang-sekurangnya ada sesuatu yang ana buat secara berteusan daripada tiada. Istiqamah itu penting dalam melakukan sesuatu.

Di sini jugalah ana kenal dengan kawan-kawan yang gila-gila sehingga terhanyut seketika. tetapi Allah maha penyayang, diperkenalkan seseorang yang mengajar ana erti kemanisan ukhwah. di sini ana mengenal erti ukhwah yang kadang-kadang timbul rasa ruginya kerana tidak diberi hidayah awal-awal untuk mengenal erti ukhuwah. ana berasa bersyukur walaupun diberi satu sem untuk menyertai usrah tersebut tetapi ana berasa amat kasih dan sayangnya kepada sahabat-sahabat sekalian. ana sayang antum semua.

di sini juga ana menyayangi seseorang yang ana sebutkan tadi yang mengajar ana kemanisan ukhuwah. ana menyayangi akhwat tersebut disebabkan dia lah ana dapat mengerti kemanisan ukhuwah. ana suka melihat dia kerana agama yang dimilikinya tetapi dia mempunyai seseorang yang lebih layak dari ana. ana sering berharap dan berdoa agar kami disatukan jika ditakdirkan bersama. berserah kepada Allah. Allah lah sebaik-baik perancang. biarlah ana mengadu dan meluahkan perasaan sayang ana kepada die melalui Allah. tetapi ana berasa sebak sebab melihat akhwat tersebut sedikit berubah. menyimpang sedikit.

Jika dahulu semasa ana datang ke sini Pusat Islam tidak banyak buat kuliah maghrib sekarang ni setiap malam kecuali sabtu dengan ahad dipenuhi dengan kuliah maghrib. banyak ilmu yang ana dapat dari Pusat Islam di sini. Begitu bermanfaat dan berguna sekali tersebut. ana berpendapat bahwa untuk menarik minat orang-orang muda sekarang ini untuk berjemaah ke masjid, maka kita perlulah untuk mengadakan kuliah-kuliah di masjid. insyaAllah, itu akan dijadikan tugas ana semasa di kampung ana. di kampung ana, kuliahnya hanya sebulan sekali.

banyak yang ana dapat di sini sehinggakan tak termampu oleh ana untuk menulisnya. setakat di sini sahaja penulisan blog ana. ada masa, ada tenaga insyaAllah akan terupdate lah blog ana. sedikit pesanan dari penaja jaga pandangan, hati terjaga, jaga hati iman terjaga. wallahualam. assalamualaikum.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...