Cari Pengajaran

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Di sebuah kampung terdapat perlawanan bola sepak antara pasukan Durian Runtuh dengan Durian Tunggal. Kedua-dua pasukan tersebut masing-masing mempunyai pemain yang berbakat tinggi dan para penonton yang hadir mengharapkan dapat melihat perlawanan yang menarik antara kedua-dua pasukan tersebut. Pasukan Durian diketuai oleh Ahmad, anak ketua kampung manakala Durian Tunggal diketuai oleh Ali anak penghulu. Kedua-dua tidak suka antara satu sama lain.

Ahmad dan Ali


Seminggu sebelum itu, Ahmad dan Ali telah bertemu di hujung kampung. Tujuan utama mereka berjumpa adalah untuk mencabar mengadakan perlawanan bola. Mereka ingin melihat pasukan mana yang lebih handal kerana dalam satu kampung tidak boleh mempunyai dua pasukan kuat. Mesti mempunyai satu sahaja. Selain itu juga, mereka berdua mempunyai persamaan iaitu menyukai Jamilah, anak orang kaya kampung tersebut.  Jamilah merupakan anak yang baik dan solehah. Mencukupi pakej seorang isteri idaman. oleh itu, tidak jika dia jadi rebutan antara kacang hantu kampung mereka. Habibullah pula seorang miskin yang turut menyukai Jamilah. Dalam masa yang sama, Jamilah turut menyimpan perasaan pada Habibullah.

Jamilah

Habibullah


Walaupun keluarga Jamilah  kaya akan tetapi abi dan ummi Jamilah bukanlah orang yang kedekut. Mereka akan membantu penduduk kampung mereka yang berada dalam kesusahan. Keluarga Habibullah tidak terkecuali daripada yang dibantu oleh keluarga Jamilah. Walaupun Habibullah miskin harta tetapi dia tidak miskin dari agama dan akhlak. Dia sering membersihkan masjid kampung dia dan selalu menjadi Bilal di kampung dia. Abi Jamilah amat menyenangi Habibullah sehinggakan dia mahu Habibullah menjadi menantu dia.

Pada hari perlawanan tersebut, penyokong-penyokong yang terdiri daripada orang-orang muda mula memenuhi padang bola tersebut. Ahmad dan Ali pelik kerana tiada seorang pun orang tua dari kampung mereka yang melihat perlawanan mereka. Ayah mereka turut tiada. Uncle Rajes, Uncle Ah Meng, Pak Yakkub yang penonton setia kedua-dua pasukan turut tiada. Akan tetapi, mereka tidak kisah akan semua itu kerana yang penting siapa yang menang perlawanan tersebut akan memiliki Jamilah. Ini yang berada didalam pemikiran Ali dan Ahmad sekarang.

antara penyokong yang hadir


Perlawanan dimulakan dan Pasukan Ali mengamalkan corak menyerang yang agresif sehingga berjaya menjaringkan gol dengan perlawanan tidak sampai satu minit. semua penyokong yang hadir macam tidak percaya kerana ia merupakan rekod terbaru di kampung tersebut. Walaupun didahului oleh pasukan Ali, Ahmad tidak putus asa sehinggakan Ahmad berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan. Gol itu berpunca akibat kelalaian pasukan Ali sendiri kerana mereka yakin menang perlawanan tersebut sehingga mereka tersilap hantar bola tersebut ke pasukan Ahmad. Ahmad mengambil kesempatan itu dengan menjaringkan gol.

Perlawanan diteruskan ke masa tambahan. Pada masa tambahan tersebut kedua-dua pasukan menyerang dan bertahan habis-habisan akan tetapi tiada sebarang gol dihasilkan. perlawanan ditentukan dengan  sepakan penalti. akhirnya pasukan Ahmad berjaya menewaskan pasukan Ali dengan 2-1. Ahmad gembira kerana berjaya menewaskan Ali dan seterusnya berjaya memiliki Jamilah.


 Sedang pasukan Ahmad gembira meraikan kemenangan tersebut, lalu lah tiga sekawan iaitu Uncle Rajes, Uncle Ah Meng, Pak Yakkub. Mereka merupakan idola kampung mereka kerana mereka bertiga merupakan bintang bola sepak negeri mereka.Ahmad pun pelik kerana melihat mereka memakai batik lalu Ahmad menahan tiga sekawan tersebut.

Ahmad: Uncle,pak cik berhenti sekejap.
Rajes: owh, Ahmad, ada apa? kami dah lewat ni.
Ahmad: Lewat? Nak Pi mana lawa-lawa gini? nak kahwin ka?
Yakkub: Apa lah budak sorang ni. memang bola je dalam ingatan dia. Padanlah orang kamu panggil kamu kacang hantu. Tak ambil tahu pasal masyarakat sekeliling. Ayah kamu tak bagitahu kat kamu ke?
Ahmad: Bagitahu apa pak cik?
Ah Meng: Aiya, Ahmad. ini hali Jamilah sama itu Habibullah nak kahwin ma. itu lu talak tahu ka? memang lu orang banyak kolot lah.
Ahmad: Jamilah? Habibullah? Kahwin? betul ka uncle?
Rajes: betul lah. tak kan kami nak tipu pulak.
Ahmad: Sudahlah kamu semua. Kami dah lewat ni. Perut kami dah lapar. Nanti habis pulak lauk kenduri. Jom kawan-kawan kita pergi tinggal budak-budak ni. Orang lain sibuk uruskan majlis, diorang sibuk main bola. Apa nak jadi? tak tahu lah.



Mereka pun berlalu meninggalkan Ahmad yang sedih dan tak percaya dengan berita tersebut. Dia rasa seperti dalam mimpi. Apa guna dia buat perlawanan tersebut? Apa guna dia menang perlawanan tersebut tapi Jamilah tidak dimiliki? Ahmad seperti orang yang kurang waras. Di majlis perkahwinan, Jamilah dan Habibullah telah selamat diijab kabulkan oleh Abi Jamilah sendiri. Mereka berdua begitu bersyukur kerana dapat bersama.



TAMAT.

Apa pengajarannya? boleh kesan tak?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...