Assalamualaikum kepada pembaca, entry kali ini ana nak ceritakan pasal TIDUR. kenapa ana pilik tajuk sedemikian? nak tahu? sebelum kita pergi jauh kita mesti tahu maksud tidur. Menurut kamus dewan, tidur itu satu kerja yang turut bersinonim dengan beradu, bobok, membuta.
Selain itu, ada peribahasa berkaitan dengan tidur "Tidur tak lelap, makan tak kenyang.Bermaksud :Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam)"
Dalam puisi melayu juga ada :
Kalau ada padi gugur,
Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
Dalam tidur kita bermimpi.
Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
Dalam tidur kita bermimpi.
Syoknya tidur |
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang
di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah
mengantuk, hendaklah tidur,”.Begitulah Islam menggambarkan betapa pentingnya tidur dan hak menjaga tubuh badan bagi seseorang muslim.
Jangan jadi macam ni ye |
Bangunlah untuk solat malam |
Umat Islam juga disunatkan untuk membaca doa sebelum tidur memandangkan
kita tidak sedar tentang apa yang berlaku terhadap diri dan tubuh badan
kita ketika tidur serta hendaklah berserah tawakkal kepada Allah SWT
sepanjang lena kita. Selain itu juga, kita bolehlah baca surah an-nas, al-falaq dan al-ikhlas sebelum tidur agar dilindungi daripada sihir atau ganngguan syaitan.
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk mengibaskan kain (cadar) atau
tikar (pelapik tempat tidur) sebanyak tiga kali sebelum merebahkan badan
bagi menghindar sebarang kekotoran atau benda yang memudaratkan seperti
paku, jarum dan sebagainya dari terkena tubuh ketika tidur.Sahabat baginda, Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasullah SAW telah bersabda yang mafhumnya;“Apabila seseorang kamu datang ke tempat
tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikibaskannya dengan hujung kainnya
tiga kali dan hendaklah dibacanya:
“Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku
rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun).
Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau
lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau
memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh,” – Riwayat Imam Muslim.
Bayangkan ini diatas katil anda |
Kesimpulannya, Islam telah mengajar umatnya macam mana etika nak tidur dan kepentingan tidur. Jadi kita hendaklah mengamalkannya agar dengan tidur pun kita dapat beribadah secara tidak langsung.
Akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment