Bila Exam Menjelang Tiba

Bismillahir Rahmannir Rahim,

Assalamualaikum, kepada pembaca sekalian.

Hari ini genaplah 4 hari pelajar-pelajar diploma di bumi uitm penang ini menghadapi peperiksaan dan ada juga yang sudah habis menjawab peperiksaan. Selamat berjaya menjawab peperiksaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Peperiksaan. Ini yang berada dalam pemikiran mahasiswa sekarang. Apabila tiba musim ini je,setiap semester sepanjang 6 semester ana berada di bumi penang ini ia tetap tak berubah iaitu pertambahan saf di Pusat Islam. Kalau di kala tiada peperiksaan saf hanya dua atau tiga, akan tetapi bila tiba musim peperiksaan sahaja saf akan bertambah menjadi 5-7 saf. Alhamdulilla berjemaah di Pusat Islam berbanding mereka yang tidak pergi. Ia bagus cuma isu yang ana ingin tekankan di sini ialah adakah bila tiba musim peperiksaan baru kita ingat Allah? hari-hari lain tidak? mari tanya diri kita sendiri. cek Iman kita.

Ana ingin bersangka baik disini dengan mengatakan antum semua ini mempunyai kelas malam dan solat di masjid berdekatan serta berjemaah di bilik. Cuma ana nak kongsikan yang tidak sah solat lelaki itu jika dia solat dirumah walhal dia mendengar azan dan masjid berdekatan dengan rumahnya. Apa yang dapati ialah kolej-kolej di UiTM Penang ni semua berdekatan dengan Pusat Islam dan boleh mendengar laungan Azan. Fikir-fikirlah wahai ikhwan sekalian.

Ana nak bagi teori menarik yang ingin dikongsikan bersama. Apabila enta nak mendaki gunung, sudah pasti enta memerlukan tali sebagai penyokong tubuh enta kan? Enta percaya bahawa tali itu mampu menjaga enta sepanjang perjalanan menuju puncak gunung. Enta akan jaga tali tersebut dengan betul dan cermat kerana enta bimbang enta akan ditimpa musibah. Begitu juga kita. Kita semua memerlukan pegangan atau panduan yang kukuh untuk membawa kita ke arah kehidupan yang baik. Panduan yang diberikan kepada kita ialaha al-Quran dan As-Sunnah. Selagi kita berpegang teguh kepada dua-dua ini insyaAllah kita tidak akan sesat sama sekali.

Kembali kita kepada peperiksaan. Menurut Prof Izzi " jangan anggap mudah persiapan mutakhir peperiksaan. Ingatlah kuda tergelincir disebabkan batu yang kecil, bukannya batu yang besar". Terdapat pelajar mengambil mudah mutakhir peperiksaan dengan tidur lewat pada malam peperiksaan, berlebihan makan sebelum peperiksaan. Ini semua akan membuatkan kita semua rasa panik dan seterusnya menganggu konsentrasi kita terganggu.

Isu sekarang yang ingin ana tekankan adalah kita akan ingat Allah bila tiba musim periksa. Masa ini lah doa tak putus-putus, solat malam tak tinggal, solat hajat dan macam-macam amalan sunat yang kita buat agar lulus periksa walhal kita tak lakukan semua itu sebelum musim peperiksaan tiba. Nak solat fardhu pun liat, kalau solat pun dah nak habis baru solat. Adakah Iman kita hanya tiba musim periksa? Allah hanya wujud bila kita nak hadapi periksa? sila jawab sahabatku sekalian. kalau jawapan antum ya, masya Allah, memang antum semua hanya Islam pada nama. Kita sebagai umat Islam dan Nabi Muhammad SAW hendaklah melaksanakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Marilah renung kembali diri kita sahabat sekalian. Kita tepuk dada dan muhasabah diri kita, tanya diri kita, dimana tahap Iman kita? adakah diparas hidung? dada? lutut?

Janganlah kita menjadi seperti kaum nabi Saleh, nabi Nuh dan bani Israel. Bani Israel mempunyai ramai Nabi yang diutuskan kepada mereka tetapi mereka ingkari, mereka bunuh nabi mereka. Dahulu mereka dipilih menjadi umat yang terpilih, diselamatkan oleh Allah dari Firaun diberi makanan dan minuman syurga tetapi mereka tetap ingkar arahan Allah. Biarlah kita menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. yang patuh pada perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Biarlah kita ingat Allah setiap saat. Jangan dikala susah baru ingat Allah. Diwaktu senang kita lupa Allah.

Akhir kalam, Jagalah pandangan agar hati terjaga, jaga hati agar Iman terjaga, jaga Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...