Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum, hari ini ana nak bincang mengenai isu remaja. Kenapa ana nak cerita pasal remaja? sebabnya ana ni remaja juga walaupun bakal meninggalkan alam remaja tidak lama lagi dalam setahun lebih lagi. sebelum itu, kita mestilah tahu maksud remaja. Apa itu remaja? Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Anda pilih yang mana?
VS
Ciri-ciri remaja pula ialah:
- Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa
Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan
orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud
bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial
seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang
tersinggung oleh masalah sosial.
- Suka berangan-angan
Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan
mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa
hadapan.
- Senang Terpengaruh oleh Emosi
Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini
adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu
tahap yang mantap
|
Suka Berangan |
|
Berkawan dengan rakan sebaya |
|
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, rohani, sosial dengan emosi. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa “bermasalah”. Bermasalah? orang kata remaja ini bermasalah? betul ke?
|
pakai tudung tapi nampak bawah? x de masalah |
|
Tak takut jatuh ke? |
|
Merokok pakai baju sekolah? | | | | |
|
Tak malu ke bercium depan orang ramai? |
"masalah" ke remaja sekarang? ana rasa gambar ni belum cukup bermasalah lagi. ada lagi gambar lebih "baik" daripada gambar kat atas tapi ana malu dan tak sanggup nak tengok. Ana tak tahu macam mana remaja sekarang ini sanggup buat macam ini. Remaj sekarang ini hanya Islam pada nama dan IC sahaja. Bila ditanya pasal rukun solat, tergagap-gagap menjawab.
yang jadi isu hangat sekarang, isu COUPLE or dalam melayunya berpacaran. kalau dah couple ni mesti ada istilah, baby-sayang, papa-mama, ibu-ayah. macam orang dah kahwin pun ada. yang lebih dasyat bila budak sekolah agama couple panggil umi dan abi. Ya Allah. apa nak jadi remaja zaman sekarang. susah nak diucapkan.
Couple memang seronok sebab syaitan suka. Bila couple ni mesti nak duduk berdua-duaan kan? kalau ada orang lain potong stim. Dalam hadis Nabi SAW " “tidak berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga adalah syaitan" (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
ok. kita hayati firman Allah taala pulak dalam surah al-Isra' ayat 32.
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”
Allah telah berpesan kepada kita jangan menghampiri zina. tapi kita bukan hampiri malah lebih daripada itu sehingga jadi macam kat bawah ni:
Kesan daripada perbuatan ini ialah:
X cukup lagi? ada lagi
Belum insaf lagi?
Mengapa pilih jalan yang susah sedangkan ini ada?
Nasihat ana kepada antum semua jika tak mampu nak kahwin, berpuasalah. ini bersesuaian dengan Hadis Nabi SAW yang bermaksud "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka
hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih
menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu
maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya
(daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu
Daud, Ibn Majah).
Baiklah remaja sekalian. zaman remaja inilah zaman bersenang-lenang dan zaman untuk bersuka ria. zaman untuk berpuas-puas sebab hidup hanya sekali. itu kata antum tidak bagi ana sebab kita hidup dua kali. pelik? ye la. Hidup kat dunia ini dengan kat akhirat. kan dua kali tu? Hidup kat dunia ini sementara dan kat akhirat adalah kekal selama-lamanya. jadi jangan sia-siakan waktu muda antum semua. buatlah dan jadilah hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Renungilah firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 30:
Katakanlah(wahai Muhammad) "bersenang-senanglah kamu, karena tempat kembalinya kamu didalam neraka"
Akhir kalam, Jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment