Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum dan selamat menyambut penghulu hari iaitu hari jumaat. sempena hari jumaat ini kita disunatkan atau digalakkan untuk membaca surah kahfi yang bertujuan menghalang fitnah dajjal dan seterusnya mendapat keberkatan antara jumaat. Selain surah kahfi juga, kita digalakkan membaca surah Ad-Dukhan, As-Sajjadah dgn Al-Insan. Banyak manfaat yang diperolehi daripada surah tersebut.
Tidur Lepas subuh |
Rezeki yang dimaksudkan disini ialah bukan duit sahaja, ilmu pun dikira rezeki. Jika lepas subuh ini kita gunakan untuk belajar insyaAllah ilmu yang dipelajari terus diingati didalam otak kita. Masa yang digunakan lepas subuh ini hendaklah dimanfaatkan dengan betul. jika anda tidak mahu study lepas subuh, anda boleh buat macam ana. berblogging pagi-pagi. he3x..
Ana berblogging pagi-pagi untuk menghilangkan ngantuk dan menunggu waktu dhuha. lepas dhuha baru boleh study. itu yang selalu anan buatlah. kalau anda nak ikut, boleh sahaja.
Tidur lewat sebab belajar, layan movie dan macam-macam lagi. Sebenarnya bagi ana kalau nak tidur biarlah tidur awal dalam jam 11 malam dan bangun pada jam 3 pagi untuk berqiamulail, baca al-Quran dan menyambung belajar. Masa ini lah sesuai untuk belajar. Otak segar je bukan masa ini anda berjaga untuk belajar. Sepatutnya anda tidur untuk merehatkan minda dan badan dan apabila anda dah segar anda bangun untuk belajar. Berqiamulail campur dengan membaca Al-Quran ini hanya mengambil satu jam 30 minit itupun jika buat solat sunat tasbih yang mengambil masa selama 30-40 minit. JIka tak mapu buatlah, solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir. itu sudah cukup. lepas itu baca Al-Quran dalam satu muka dan belajar. InsyaAllah, apa yang kita belajar itu dapat kita ingat.Ana nak tekankan disini ialah kepentingan berqiamulail
Layan movie |
Belajar |
Sebelum mengundur diri, ana tinggalkan persoalan kepada semua, jika anda tidur lewat, macam mana nak berqiamulail, macam mana nak solat subuh berjemaah di masjid? Seorang pendeta yahudi pernah berkata" Jika ingin melihat Islam maju atau jadi agama yang digeruni, tunggu sehingga Jemaah Solat Subuh sama banyak dengan solat Jumaat". Anda tak terasa terpukul dengan "statement" pendeta yahudi tesebut ke? tepuk dada tanya Iman.
Indahnya bila Subuh mempunyai ramai jemaah sebegini |
Akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment