NUKILAN RASA

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
membiarkan aku terkapai-kapai berseorangan menghadapi liku-liku percintaan
meredah lautan ombak yang mengganas yang penuh dengan pancaroba..

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
melawan arus dunia dengan kekuatan aku seorang,
sedangkan perjuangan itu memerlukan perjuangan kita berdua...

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
engkau membiarkan aku meredah lautan api keseorangan
yang dulu kau kata sanggup kau renangi demi aku...

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
engkau mencari aku bila kau memerlukan pertolongan
dan meninggalkan aku keseorangan bila kau tidak memerlukan aku...

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
kau memungkiri janji kau pada aku
sedangkan kau telah berjanji padaku dan mementingkan kawan-kawan kau sahaja

Cintaku...
mengapa??
mengapa??
mengapa??

Aku pasrah denganmu..
biarlah Allah sahaja yang menentukan jodoh antara kita
sama ada ia berkekalan atau berhenti di sini sahaja...
Allah yang mengetahui...

coret-coret

pada isnin yang lepas ak dengan haziem iaitu sekretariat ak dibawah exco keselamatan dan sahsiah JPK Zamrud telah pergi mendapatkan kelulusan untuk menutup lampu di semua premis perniagaan di kampus dan kolej daripada timbalan rektor.. Alhamdulillah, surat itu lulus...

Tujuan ak buat untuk tutup lampu ni adalah untuk memastikan siswa & siswi untuk berada di bilik masing-masing selepas jam 11 malam. Disamping itu juga, memastikan tiada pelajar berdua-duaan di situ. ini adalah untuk memastikan tiada apa-apa yang pelik berlaku..

Aku sering mengatakan kepada orang yang aku tegur bahawa mereka terpisah hanya 7 jam sahaja iaitu dari 11 malam sehingga 6 pagi dan mempunyai 17 jam sehari untuk berjumpa + dating..adakah 17 jam itu tidak cukup? atau mereka nak 24 jam berjumpa? itu boleh dengan syarat KAHWIN.. its simple rule..mudah, tepat dan efisyen.

oleh itu, kepada mereka yang sedang hangat bercinta, jangan lupa sifat malu dan keluarga anda dirumah. bila  anda mencuba aksi terlarang atau menjatuhkan maruah diri, ini bermakna anda menconteng muka keluarga anda...mahukah anda begitu? sekarang bila bercinta semua indah tetapi bila berpisah semua pahit seperti hempedu..

Baginda s.a.w menyebut : " Sekiranya kamu sudah hilang sifat MALU, maka kamu boleh buat apa sahaja yang kamu MAHU ".

terimalah dan hayatilah lagu ini sebagai penutup



Yang mana satu harus ku pilih??

Antara mawar berduri dengan bunga matahari, yang mana satu harus ku pilih??
dua-duanya wangi dan ada kelebihan sendiri....

Antara permata dengan kaca, yang mana satu harus ku pilih?
dua-dua mempunyai persamaan yang sama dan sukar untuk dibezakan...

Antara wanita yang dicari sendiri dengan wanita yang ditetapkan Ilahi, yang mana satu harus ku pilih?
wanita yang dicari sendiri, menjanjikan keseronokan dunia dan sementara manakala wanita yang ditetapkan Ilahi membuatkan aku tercari-cari dan tertanya-tanya siapakah gerangannya.....

Antara cinta manusia dengan cinta Allah, yang mana satu harus ku pilih?
cinta manusia hanya sementara manakala cinta Allah kekal....

ku tak pasti yang mana satu harus ku pilih?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...