CINTA

Cinta itu ada empat iaitu cinta kepada Pencipta (ALLAH), yang kedua cinta kepada Rasul, yang ketiga cinta Kepada IbuBapa dan yang terakhir cinta kepada Manusia. Apabila kita menjaga tiga cinta yang pertama itu maka secara automatiknya dan InsyALLAH, akan dapatlah cinta Manusia.

Kenapa saya berkata sedemikian???

Ini kerana sebelum kita lahir lagi dan semasa di alam rahim lagi Allah telah memerintahkan malaikat untuk menetapkan jodoh, ajal maut danrezeki kepada seseorang itu. Oleh itui, kita perlulah yakin akan kata-kata Allah kepda kita.

JIka kita menjaga ketiga-tiga cinta tersebut maka hidup kita akan diredhai dan menjadi berkat lalu seterusnya mengukuhkan kepercayaan orang lain kepada kita...
assalamualaikum dan salam maulidur Rasul....
Yang dicari walau bukan puteri raja, biarlah puteri Agama
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu nisa' yang gemilang, kerana diri ini rijal dengan silam yang kelam

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi.
Semalam sedang lena aku lena diulit mimpi dan pada jam 2.24 pagi aku tekejut dengan mendapat mesj di phone aku....aku mendapat mesej dari seorang teman yang berbunyi:

Adakala Dia MEMBERI tanpa sempat kita menadah tangan kerana Dia mengerti keperluan hambaNya....

Adakalanya  Dia MENGAMBIL sesuatu sebelum sempat kita bersedia kerana Dia ingin menguji hambaNya...

Boleh jadi semua itu yang berlaku kerana Allah mahu berbicara sesuatu dengan mu...

Manusia mendambakan sedikit masa untuk memahaminya.....

Renungilah segala apa yang berlaku. Pastinya tersembunyi rahsia Tuhan pada setiap kejadian....

Moga kita menjadi insan yang mengerti kalam Allah yakni AL-QURAN.....

AMIN....

mesej ini mengandungi maksud yang mendalam. oleh itu marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran darinya.....

HADIS NABI

aku telah ditimpa musibah dan aku dapat hadis ini melalui kiriman sms daripada temanku : seorang datang pada Nabi SAW dan berkata: Ya Rasulullah, habis hartaku dan sakit badanku. Maka dijawab Nabi SAW: tidak baik seorang hamba yang tidak habis hartanya dan tidak sakit badannya. Sesungguhnya Allah jika cinta kepada hambaNya maka diuji dengan bala dan bila ditimpa bala maka Allah memberinya kesabaran...hadis ini telah menyedarkan ak..selama ini ak selalu merungut dan menyalahkan takdir sedangkan aku tidak tahu bahawa Allah sayang pada aku.....SubhanAllah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...