Akhirnya kumiliki

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.

 semester ini merupakan semester terakhir ana di bumi tercinta Penang ni. Jadi kertas Final Exam pun menjadi 3 paper sahaja. Dengan izin Allah, Alhamdulillah tadi petang ana berjaya menjawab peperiksaan akhir semester kertas yang pertama iaitu ETR300(Business).  Tinggal 2 paper lagi untuk ana harungi dan berjuang iaitu pada 25(ECS328-steel desgn) dgn 28(ECM307-Construction Management) mac  ini. Doakan ana berjaya menjawabnya dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

 Alhamdulillah tadi petang ana berjaya membeli sebuah buku yang ana cari selama ini iaitu "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" karangan Dr Fathi Yakan.Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan. Dr Fathi Yakan merupakan ulamak yang terkenal dan menghabiskan separuh hidupnya dengan Ikhwanul Muslimin Lubnan. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Jun 2009 pada usia 76 tahun lantaran sakit. Beliau meninggalkan isterinya bernama Dr. Mona Haddad Yakan beserta 4 orang puteri dan seorang putera.Semoga Allah mencucuri rahmat buatnya dan menjadikannya sebagai syuhada' di dalam perjuangan agama Islam ini. Sesungguhnya pemergiannya mendatangkan kesan yang mendalam buat para pendakwah, harakah islamiah, penulis dakwah dan buat umat Islam yang cintakan ad-Dinnul Haq ini. Alfatihah.


                                                                     Dr Fathi Yakan




Buku yang ana teringin sangat miliki berjaya diperolehi tadi petang

antara kata-kata arwah ialah:
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi malangnya mereka dipergunakan untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda. Tetapi pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi bersifat seperti kera. Pemuda yang tidak mempunyai akhlak lebih dekat dengan binatang. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan. Pemuda pondan yang tiada kebaikan di dalam diri mereka. Tetapi ternyata keberkatan itu datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya

Turut berada dalam koleksi juga
Solusi yang dah tak dapat dibeli disebabkan kehabisan stok

akan muncul di pasaran minggu depan

Sebelum ana menutup kisah hari ini, ana nak kongsi sedikit kelebihan basmalah. Basmalah bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang". Dengan Basmallah dapat mengubah api menjadi sejuk disaat Namrud hendak membakar Nabi Ibrahim ke dalam tungku membara. Inilah kalimat yang Saidina Ali Bin Abi Thalib yang dimuliakan wajahnya katakan beliau harus menuliskan tafsir bismillah, maka diperlukan 40 ekor unta untuk membawanya. Selain itu, Rasulullah bersabda: doa yang diawali dengan Bismillahir Rahmanir Rahim tidak akan ditolak. jadi marilah kita sebelum memulakan sesuatu bacalah basmallah dan mengambil keberkatan dengan nama Allah ini.

Akhir kalam,Jagalah pandangan agar hati terjaga, Jagalah hati agar Iman terjaga, Jagalah Iman agar Hubungan dengan Allah terjaga. wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...