Pulang

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum, dah "berhabuk" blog ana sebab tak diupdate dengan post terbaru. Asif ala kulli hal, ana tiada kesempatan untuk update sebab sibuk dengan Final Exam dan mengemas pulang ke kampung halaman ana di Pontian, johor. Berakhirnya dengan final exam tersebut, insyaAllah habislah diploma ana.

Home sweet Home
sekarang ana telah berada di kampung halaman bersama abah dan mama yang tercinta. Membantu abah mengecat rumah disamping dapat meluangkan masa berewang untuk menyambut maulud Nabi SAW kat kampung setelah hampir tiga tahun tidak berewang. suasana yang ana rindui sangat2 semasa belajar di uitm Penang.

Asif utk entry kali ini tidak dapat untuk bercerita panjang dan berkongsi ilmu...kejar masa untuk ambil adik ana balik tuisyen kat bandar. Jika diberi kekuatan dan masa, ana akan update selalu blog ana.

Akhir kalam, jagalah pandangan supaya hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.

Pahit terubat setelah manis datang

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. hari ini ana nak kongsikan pasal kisah semalam iaitu pada 23/3/2012. Pagi itu seperti biasa selepas solat subuh ana pun meneruskan kerja ana setiap pagi dengan menulis blog ini. Sesudah itu, ana pun bersiap untuk p belajar kerana akan ada exam pada hari ahad. pagi itu ana pun ke bilik pensyarah untuk tengok carrymark dan markah test 2 tapi pensyarah belum keluarkan lagi. jadi ana pun belajar sehingga jam 11 pagi.

Sesudah itu ana pun balik ke bilik. niat hati nak berfacebooking tapi Naqib ana call ajak buat halaqah kami yang terakhir buat semester ini. dalam halaqah tersebut, kami berbincang macam mana dengan program terdekat dengan program semester hadapan. setakat ini program terdekat ialah BBQ di rumah Naqib dan mendaki gunung di kuala kangsar pada cuti semester. ini memang dinantikan cuma sedih sebab tidak bersama diorang lagi kerana ana sudah berada di semester terakhir. Sesudah itu, kami pun keluar p makan di Perda. Ana pada mulanya tidak mahu pergi sebab dah makan dan tidak bawa kad pengenalan tapi Ustaz paksa ana untuk pergi juga. Ana p dalam keadaan serba salah.



sesudah makan kami pun bergegas pulag ke uitm kerana ingin menunaikan kewajipan kami sebagai umat Islam bergelar lelaki iaitu solat jumaat. Ana begitu tertarik dengan penyampaian khutbah jumaat tersebut. "Penggunaan ICT adalah untuk memindahkan maklumat manakala personaliti pensyarah membantu perpindahan nilai dan adab kepada pelajar. Akhir nanti akan lahir murid berilmu dan beradab bukannya jahil dan biadab" Menarik bukan?

Beradab
                                                                                @

Biadap


Dalam khutbah tersebut juga disampaikan moto UiTM iaitu Usaha, Takwa dan Mulia.Ana nak tekankan mengenai TAKWA. dalam tulisan jawi ialah ta, kof, wau dan ya. minta maaf lappy ana  x de tulisan jawi.

Ta    = Takut  hanya kepada Allah
Kof = Qana'ah yang sentiasa berasa cukup dengan sedia ada
wau = Warak
Ya   = Yakin perbuatan itu benar mengikut syariat Islam


sampai sini sahaja sebab ana tiada kesempatan nak tulis apa yang berlaku pada sebelah petang kerana ia terlalu pahit dan manis.  Cuma ana kesal sebab tidak datang ke kuliah pengajian kitab mengenai Nikah di Pusat Islam kerana peristiwa pahit yang berlaku. akan tetapi ia terubat dengan peristiwa manis pada petang itu juga. Benar orang kata yang pahit tidak akan pahit selamanya dan yang manis tidak akan selamanya.

akhir kalam, jagalah penglihatan agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hati terjaga, jagalah hati agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.



Luahan Rasa

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum dan selamat menyambut penghulu hari iaitu hari jumaat. sempena hari jumaat ini kita disunatkan atau digalakkan untuk membaca surah kahfi yang bertujuan menghalang fitnah dajjal dan seterusnya mendapat keberkatan antara jumaat. Selain surah kahfi juga, kita digalakkan membaca surah Ad-Dukhan, As-Sajjadah dgn Al-Insan. Banyak manfaat yang diperolehi daripada surah tersebut.

Ana kadang-kadang kecewa melihat orang Islam masa kini terutama pelajar universiti, mereka suka tidur lewat sehingga 2-3 pagi dan bangun sekejap untuk solat subuh lalu menyambung tidur kembali. Nikmat tidur selepas subuh seronok yang amat sangat. Ana pun pernah merasanya. Ini memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi Ini dilarang oleh Nabi SAW sendiri. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi). 

Tidur Lepas subuh



Rezeki yang dimaksudkan disini ialah bukan duit sahaja, ilmu pun dikira rezeki. Jika lepas subuh ini kita gunakan untuk belajar insyaAllah ilmu yang dipelajari terus diingati didalam otak kita. Masa yang digunakan lepas subuh ini hendaklah dimanfaatkan dengan betul. jika anda tidak mahu study lepas subuh, anda boleh buat macam ana. berblogging pagi-pagi. he3x..
Ana berblogging pagi-pagi untuk menghilangkan ngantuk dan menunggu waktu dhuha. lepas dhuha baru boleh study. itu yang selalu anan buatlah. kalau anda nak ikut, boleh sahaja.

Tidur lewat sebab belajar, layan movie dan macam-macam lagi. Sebenarnya bagi ana kalau nak tidur biarlah tidur awal dalam jam 11 malam dan bangun pada jam 3 pagi untuk berqiamulail, baca al-Quran dan menyambung belajar. Masa ini lah sesuai untuk belajar. Otak segar je bukan masa ini anda berjaga untuk belajar. Sepatutnya anda tidur untuk merehatkan minda dan badan dan apabila anda dah segar anda bangun untuk belajar. Berqiamulail campur dengan membaca Al-Quran ini hanya mengambil satu jam 30 minit itupun jika buat solat sunat tasbih yang mengambil masa selama 30-40 minit. JIka tak mapu buatlah, solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir. itu sudah cukup. lepas itu baca Al-Quran dalam satu muka dan belajar. InsyaAllah, apa yang kita belajar itu dapat kita ingat.Ana nak tekankan disini ialah kepentingan berqiamulail

Layan movie

Belajar



Sebelum mengundur diri, ana tinggalkan persoalan kepada semua, jika anda tidur lewat, macam mana nak berqiamulail, macam mana nak solat subuh  berjemaah di masjid? Seorang pendeta yahudi pernah berkata" Jika ingin melihat Islam maju atau jadi agama yang digeruni, tunggu sehingga Jemaah Solat Subuh sama banyak dengan solat Jumaat". Anda tak terasa terpukul dengan "statement" pendeta yahudi tesebut ke?  tepuk dada tanya Iman.

Indahnya bila Subuh mempunyai ramai jemaah sebegini



Akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.

Remaja

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum, hari ini ana nak bincang mengenai isu remaja. Kenapa ana nak cerita pasal remaja? sebabnya ana ni remaja juga walaupun bakal meninggalkan alam remaja tidak lama lagi dalam setahun lebih lagi. sebelum itu, kita mestilah tahu maksud remaja. Apa itu remaja? Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

Anda pilih yang mana?

VS




Ciri-ciri remaja pula ialah:

  • Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa
    Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
  • Suka berangan-angan
    Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
  • Senang Terpengaruh oleh Emosi
    Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap
Suka Berangan
Berkawan dengan rakan sebaya
 
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, rohani, sosial dengan emosi. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa “bermasalah”. Bermasalah? orang kata remaja ini bermasalah? betul ke?
pakai tudung tapi nampak bawah? x de masalah
Tak takut jatuh ke?
Merokok pakai baju sekolah?
Tak malu ke bercium depan orang ramai?
"masalah" ke remaja sekarang? ana rasa gambar ni belum cukup bermasalah lagi. ada lagi gambar lebih "baik" daripada gambar kat atas tapi ana malu dan tak sanggup nak tengok. Ana tak tahu macam mana remaja sekarang ini sanggup buat macam ini. Remaj sekarang ini hanya Islam pada nama dan IC sahaja. Bila ditanya pasal rukun solat, tergagap-gagap menjawab. 
yang jadi isu hangat sekarang, isu COUPLE or dalam melayunya berpacaran. kalau dah couple ni mesti ada istilah, baby-sayang, papa-mama, ibu-ayah. macam orang dah kahwin pun ada. yang lebih dasyat bila budak sekolah agama couple panggil umi dan abi. Ya Allah. apa nak jadi remaja zaman sekarang. susah nak diucapkan.
Couple memang seronok sebab syaitan suka. Bila couple ni mesti nak duduk berdua-duaan kan? kalau ada orang lain potong stim. Dalam hadis Nabi SAW " tidak berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga adalah syaitan" (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi) 
ok. kita hayati firman Allah taala pulak dalam surah al-Isra' ayat 32.
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”
Allah telah berpesan kepada kita jangan menghampiri zina. tapi kita bukan hampiri malah lebih daripada itu sehingga jadi macam kat bawah ni:

Kesan daripada perbuatan ini ialah:


X cukup lagi? ada lagi
Belum insaf lagi?
Mengapa pilih jalan yang susah sedangkan ini ada?
 Nasihat ana kepada antum semua jika tak mampu nak kahwin, berpuasalah. ini bersesuaian dengan Hadis Nabi SAW yang bermaksud "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah). 
 Baiklah remaja sekalian. zaman remaja inilah zaman bersenang-lenang dan zaman untuk bersuka ria. zaman untuk berpuas-puas sebab hidup hanya sekali. itu kata antum tidak bagi ana sebab kita hidup dua kali. pelik? ye la. Hidup kat dunia ini dengan kat akhirat. kan dua kali tu? Hidup kat dunia ini sementara dan kat akhirat adalah kekal selama-lamanya. jadi jangan sia-siakan waktu muda antum semua. buatlah dan jadilah hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Renungilah firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 30:
Katakanlah(wahai Muhammad) "bersenang-senanglah kamu, karena tempat kembalinya kamu didalam neraka"
 
Akhir kalam, Jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.



Cari Pengajaran

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Di sebuah kampung terdapat perlawanan bola sepak antara pasukan Durian Runtuh dengan Durian Tunggal. Kedua-dua pasukan tersebut masing-masing mempunyai pemain yang berbakat tinggi dan para penonton yang hadir mengharapkan dapat melihat perlawanan yang menarik antara kedua-dua pasukan tersebut. Pasukan Durian diketuai oleh Ahmad, anak ketua kampung manakala Durian Tunggal diketuai oleh Ali anak penghulu. Kedua-dua tidak suka antara satu sama lain.

Ahmad dan Ali


Seminggu sebelum itu, Ahmad dan Ali telah bertemu di hujung kampung. Tujuan utama mereka berjumpa adalah untuk mencabar mengadakan perlawanan bola. Mereka ingin melihat pasukan mana yang lebih handal kerana dalam satu kampung tidak boleh mempunyai dua pasukan kuat. Mesti mempunyai satu sahaja. Selain itu juga, mereka berdua mempunyai persamaan iaitu menyukai Jamilah, anak orang kaya kampung tersebut.  Jamilah merupakan anak yang baik dan solehah. Mencukupi pakej seorang isteri idaman. oleh itu, tidak jika dia jadi rebutan antara kacang hantu kampung mereka. Habibullah pula seorang miskin yang turut menyukai Jamilah. Dalam masa yang sama, Jamilah turut menyimpan perasaan pada Habibullah.

Jamilah

Habibullah


Walaupun keluarga Jamilah  kaya akan tetapi abi dan ummi Jamilah bukanlah orang yang kedekut. Mereka akan membantu penduduk kampung mereka yang berada dalam kesusahan. Keluarga Habibullah tidak terkecuali daripada yang dibantu oleh keluarga Jamilah. Walaupun Habibullah miskin harta tetapi dia tidak miskin dari agama dan akhlak. Dia sering membersihkan masjid kampung dia dan selalu menjadi Bilal di kampung dia. Abi Jamilah amat menyenangi Habibullah sehinggakan dia mahu Habibullah menjadi menantu dia.

Pada hari perlawanan tersebut, penyokong-penyokong yang terdiri daripada orang-orang muda mula memenuhi padang bola tersebut. Ahmad dan Ali pelik kerana tiada seorang pun orang tua dari kampung mereka yang melihat perlawanan mereka. Ayah mereka turut tiada. Uncle Rajes, Uncle Ah Meng, Pak Yakkub yang penonton setia kedua-dua pasukan turut tiada. Akan tetapi, mereka tidak kisah akan semua itu kerana yang penting siapa yang menang perlawanan tersebut akan memiliki Jamilah. Ini yang berada didalam pemikiran Ali dan Ahmad sekarang.

antara penyokong yang hadir


Perlawanan dimulakan dan Pasukan Ali mengamalkan corak menyerang yang agresif sehingga berjaya menjaringkan gol dengan perlawanan tidak sampai satu minit. semua penyokong yang hadir macam tidak percaya kerana ia merupakan rekod terbaru di kampung tersebut. Walaupun didahului oleh pasukan Ali, Ahmad tidak putus asa sehinggakan Ahmad berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan. Gol itu berpunca akibat kelalaian pasukan Ali sendiri kerana mereka yakin menang perlawanan tersebut sehingga mereka tersilap hantar bola tersebut ke pasukan Ahmad. Ahmad mengambil kesempatan itu dengan menjaringkan gol.

Perlawanan diteruskan ke masa tambahan. Pada masa tambahan tersebut kedua-dua pasukan menyerang dan bertahan habis-habisan akan tetapi tiada sebarang gol dihasilkan. perlawanan ditentukan dengan  sepakan penalti. akhirnya pasukan Ahmad berjaya menewaskan pasukan Ali dengan 2-1. Ahmad gembira kerana berjaya menewaskan Ali dan seterusnya berjaya memiliki Jamilah.


 Sedang pasukan Ahmad gembira meraikan kemenangan tersebut, lalu lah tiga sekawan iaitu Uncle Rajes, Uncle Ah Meng, Pak Yakkub. Mereka merupakan idola kampung mereka kerana mereka bertiga merupakan bintang bola sepak negeri mereka.Ahmad pun pelik kerana melihat mereka memakai batik lalu Ahmad menahan tiga sekawan tersebut.

Ahmad: Uncle,pak cik berhenti sekejap.
Rajes: owh, Ahmad, ada apa? kami dah lewat ni.
Ahmad: Lewat? Nak Pi mana lawa-lawa gini? nak kahwin ka?
Yakkub: Apa lah budak sorang ni. memang bola je dalam ingatan dia. Padanlah orang kamu panggil kamu kacang hantu. Tak ambil tahu pasal masyarakat sekeliling. Ayah kamu tak bagitahu kat kamu ke?
Ahmad: Bagitahu apa pak cik?
Ah Meng: Aiya, Ahmad. ini hali Jamilah sama itu Habibullah nak kahwin ma. itu lu talak tahu ka? memang lu orang banyak kolot lah.
Ahmad: Jamilah? Habibullah? Kahwin? betul ka uncle?
Rajes: betul lah. tak kan kami nak tipu pulak.
Ahmad: Sudahlah kamu semua. Kami dah lewat ni. Perut kami dah lapar. Nanti habis pulak lauk kenduri. Jom kawan-kawan kita pergi tinggal budak-budak ni. Orang lain sibuk uruskan majlis, diorang sibuk main bola. Apa nak jadi? tak tahu lah.



Mereka pun berlalu meninggalkan Ahmad yang sedih dan tak percaya dengan berita tersebut. Dia rasa seperti dalam mimpi. Apa guna dia buat perlawanan tersebut? Apa guna dia menang perlawanan tersebut tapi Jamilah tidak dimiliki? Ahmad seperti orang yang kurang waras. Di majlis perkahwinan, Jamilah dan Habibullah telah selamat diijab kabulkan oleh Abi Jamilah sendiri. Mereka berdua begitu bersyukur kerana dapat bersama.



TAMAT.

Apa pengajarannya? boleh kesan tak?

Zzzzzzzzz

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Assalamualaikum kepada pembaca, entry kali ini ana nak ceritakan pasal TIDUR. kenapa ana pilik tajuk sedemikian? nak tahu? sebelum kita pergi jauh kita mesti tahu maksud tidur. Menurut kamus dewan, tidur itu satu kerja yang turut bersinonim dengan beradu, bobok, membuta. 

Selain itu, ada peribahasa berkaitan dengan tidur "Tidur tak lelap, makan tak kenyang.Bermaksud :Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam)


Dalam puisi melayu juga ada :
Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.


Syoknya tidur


Untuk mendapatkan tidur yang cukup dan yang ideal, bagi orang dewasa ialah 4-6 jam sehari dan bagi pelajar pula ialah 6-8 jam. akan tetapi ramai sekarang tidak mendapat tidur yang cukup disebabkan leka dengan dunia. walhal Nabi amat menitikberatkan pasal tidur. Tidur dan merehatkan badan merupakan satu tuntutan di dalam Islam sebagaimana yang diceritakan di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim; “Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur,”.Begitulah Islam menggambarkan betapa pentingnya tidur dan hak menjaga tubuh badan bagi seseorang muslim.

Jangan jadi macam ni ye


Mengapa tidur begitu penting kerana ia memudahkan kita beribadah kepada Allah pada malam hari. kita boleh lihat surah al-Muzzammil ayat 1-4 "Wahai orang yang berselimut, Bangunlah (untuk salat) pada malam hari kecuali sebagian kecil,separuhnya atau kurang sedikit dari itu,atau lebih dari seperdua itu dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan". Bila kita dapat tidur yang cukup mudahkan kita beribadah pada Allah setelah siang hari kita berhempas pulas mencari nafkah atau rezeki untuk keluarga kita ataupun mencari ilmu dengan menghadiri kelas-kelas.Perkara pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim, solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Bangunlah untuk solat malam


Umat Islam juga disunatkan untuk membaca doa sebelum tidur memandangkan kita tidak sedar tentang apa yang berlaku terhadap diri dan tubuh badan kita ketika tidur serta hendaklah berserah tawakkal kepada Allah SWT sepanjang lena kita. Selain itu juga, kita bolehlah baca surah an-nas, al-falaq dan al-ikhlas sebelum tidur agar dilindungi daripada sihir atau ganngguan syaitan. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk mengibaskan kain (cadar) atau tikar (pelapik tempat tidur) sebanyak tiga kali sebelum merebahkan badan bagi menghindar sebarang kekotoran atau benda yang memudaratkan seperti paku, jarum dan sebagainya dari terkena tubuh ketika tidur.Sahabat baginda, Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasullah SAW telah bersabda yang mafhumnya;“Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikibaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:
“Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh,” – Riwayat Imam Muslim.


Bayangkan ini diatas katil anda

Dan setiap kali Rasulullah bangun selepas selesai waktu tidurnya, baginda akan mengucap syukur dengan membaca:"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepadaNya lah tempat kembali".

Kesimpulannya, Islam telah mengajar umatnya macam mana etika nak tidur dan kepentingan tidur. Jadi kita hendaklah mengamalkannya agar dengan tidur pun kita dapat beribadah secara tidak langsung.

Akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.


Bila Exam Menjelang Tiba

Bismillahir Rahmannir Rahim,

Assalamualaikum, kepada pembaca sekalian.

Hari ini genaplah 4 hari pelajar-pelajar diploma di bumi uitm penang ini menghadapi peperiksaan dan ada juga yang sudah habis menjawab peperiksaan. Selamat berjaya menjawab peperiksaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Peperiksaan. Ini yang berada dalam pemikiran mahasiswa sekarang. Apabila tiba musim ini je,setiap semester sepanjang 6 semester ana berada di bumi penang ini ia tetap tak berubah iaitu pertambahan saf di Pusat Islam. Kalau di kala tiada peperiksaan saf hanya dua atau tiga, akan tetapi bila tiba musim peperiksaan sahaja saf akan bertambah menjadi 5-7 saf. Alhamdulilla berjemaah di Pusat Islam berbanding mereka yang tidak pergi. Ia bagus cuma isu yang ana ingin tekankan di sini ialah adakah bila tiba musim peperiksaan baru kita ingat Allah? hari-hari lain tidak? mari tanya diri kita sendiri. cek Iman kita.

Ana ingin bersangka baik disini dengan mengatakan antum semua ini mempunyai kelas malam dan solat di masjid berdekatan serta berjemaah di bilik. Cuma ana nak kongsikan yang tidak sah solat lelaki itu jika dia solat dirumah walhal dia mendengar azan dan masjid berdekatan dengan rumahnya. Apa yang dapati ialah kolej-kolej di UiTM Penang ni semua berdekatan dengan Pusat Islam dan boleh mendengar laungan Azan. Fikir-fikirlah wahai ikhwan sekalian.

Ana nak bagi teori menarik yang ingin dikongsikan bersama. Apabila enta nak mendaki gunung, sudah pasti enta memerlukan tali sebagai penyokong tubuh enta kan? Enta percaya bahawa tali itu mampu menjaga enta sepanjang perjalanan menuju puncak gunung. Enta akan jaga tali tersebut dengan betul dan cermat kerana enta bimbang enta akan ditimpa musibah. Begitu juga kita. Kita semua memerlukan pegangan atau panduan yang kukuh untuk membawa kita ke arah kehidupan yang baik. Panduan yang diberikan kepada kita ialaha al-Quran dan As-Sunnah. Selagi kita berpegang teguh kepada dua-dua ini insyaAllah kita tidak akan sesat sama sekali.

Kembali kita kepada peperiksaan. Menurut Prof Izzi " jangan anggap mudah persiapan mutakhir peperiksaan. Ingatlah kuda tergelincir disebabkan batu yang kecil, bukannya batu yang besar". Terdapat pelajar mengambil mudah mutakhir peperiksaan dengan tidur lewat pada malam peperiksaan, berlebihan makan sebelum peperiksaan. Ini semua akan membuatkan kita semua rasa panik dan seterusnya menganggu konsentrasi kita terganggu.

Isu sekarang yang ingin ana tekankan adalah kita akan ingat Allah bila tiba musim periksa. Masa ini lah doa tak putus-putus, solat malam tak tinggal, solat hajat dan macam-macam amalan sunat yang kita buat agar lulus periksa walhal kita tak lakukan semua itu sebelum musim peperiksaan tiba. Nak solat fardhu pun liat, kalau solat pun dah nak habis baru solat. Adakah Iman kita hanya tiba musim periksa? Allah hanya wujud bila kita nak hadapi periksa? sila jawab sahabatku sekalian. kalau jawapan antum ya, masya Allah, memang antum semua hanya Islam pada nama. Kita sebagai umat Islam dan Nabi Muhammad SAW hendaklah melaksanakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Marilah renung kembali diri kita sahabat sekalian. Kita tepuk dada dan muhasabah diri kita, tanya diri kita, dimana tahap Iman kita? adakah diparas hidung? dada? lutut?

Janganlah kita menjadi seperti kaum nabi Saleh, nabi Nuh dan bani Israel. Bani Israel mempunyai ramai Nabi yang diutuskan kepada mereka tetapi mereka ingkari, mereka bunuh nabi mereka. Dahulu mereka dipilih menjadi umat yang terpilih, diselamatkan oleh Allah dari Firaun diberi makanan dan minuman syurga tetapi mereka tetap ingkar arahan Allah. Biarlah kita menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. yang patuh pada perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Biarlah kita ingat Allah setiap saat. Jangan dikala susah baru ingat Allah. Diwaktu senang kita lupa Allah.

Akhir kalam, Jagalah pandangan agar hati terjaga, jaga hati agar Iman terjaga, jaga Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. wallahualam.

Akhirnya kumiliki

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.

 semester ini merupakan semester terakhir ana di bumi tercinta Penang ni. Jadi kertas Final Exam pun menjadi 3 paper sahaja. Dengan izin Allah, Alhamdulillah tadi petang ana berjaya menjawab peperiksaan akhir semester kertas yang pertama iaitu ETR300(Business).  Tinggal 2 paper lagi untuk ana harungi dan berjuang iaitu pada 25(ECS328-steel desgn) dgn 28(ECM307-Construction Management) mac  ini. Doakan ana berjaya menjawabnya dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

 Alhamdulillah tadi petang ana berjaya membeli sebuah buku yang ana cari selama ini iaitu "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" karangan Dr Fathi Yakan.Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan. Dr Fathi Yakan merupakan ulamak yang terkenal dan menghabiskan separuh hidupnya dengan Ikhwanul Muslimin Lubnan. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Jun 2009 pada usia 76 tahun lantaran sakit. Beliau meninggalkan isterinya bernama Dr. Mona Haddad Yakan beserta 4 orang puteri dan seorang putera.Semoga Allah mencucuri rahmat buatnya dan menjadikannya sebagai syuhada' di dalam perjuangan agama Islam ini. Sesungguhnya pemergiannya mendatangkan kesan yang mendalam buat para pendakwah, harakah islamiah, penulis dakwah dan buat umat Islam yang cintakan ad-Dinnul Haq ini. Alfatihah.


                                                                     Dr Fathi Yakan




Buku yang ana teringin sangat miliki berjaya diperolehi tadi petang

antara kata-kata arwah ialah:
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi malangnya mereka dipergunakan untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda. Tetapi pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi bersifat seperti kera. Pemuda yang tidak mempunyai akhlak lebih dekat dengan binatang. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan. Pemuda pondan yang tiada kebaikan di dalam diri mereka. Tetapi ternyata keberkatan itu datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya

Turut berada dalam koleksi juga
Solusi yang dah tak dapat dibeli disebabkan kehabisan stok

akan muncul di pasaran minggu depan

Sebelum ana menutup kisah hari ini, ana nak kongsi sedikit kelebihan basmalah. Basmalah bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang". Dengan Basmallah dapat mengubah api menjadi sejuk disaat Namrud hendak membakar Nabi Ibrahim ke dalam tungku membara. Inilah kalimat yang Saidina Ali Bin Abi Thalib yang dimuliakan wajahnya katakan beliau harus menuliskan tafsir bismillah, maka diperlukan 40 ekor unta untuk membawanya. Selain itu, Rasulullah bersabda: doa yang diawali dengan Bismillahir Rahmanir Rahim tidak akan ditolak. jadi marilah kita sebelum memulakan sesuatu bacalah basmallah dan mengambil keberkatan dengan nama Allah ini.

Akhir kalam,Jagalah pandangan agar hati terjaga, Jagalah hati agar Iman terjaga, Jagalah Iman agar Hubungan dengan Allah terjaga. wallahualam.

Pelik tapi tak pelik

Bila berjubah di tempat awam dikatakan pelik tapi tak pelik bila berseluar pendek nampak bulu kaki
Bila berkopiah dan berserban dikatakan pelik tapi tak pelik bila bertopi, rambut macam landak
Bila bertudung labuh untuk menutup bahagian dada dikatakan pelik tapi tak pelik bila free hair, rambut perang karat nampak dada
Bila berbaju labuh untuk menutup bentuk tubuh dikatakan pelik tapi tak pelik bila pakai baju adik-adik nampak gunung-ganang, lurah dendam dan pusat bumi
Bila tiada pasangan bercinta diktakan pelik tapi tak pelik bila ada awek /balak ke hulu ke hilir macam suami isteri, mengandung anak luar nikah, berzina
Bila wanita menjaga batasan pergaulan dengan lelaki diktakan pelik tapi tak pelik bila wanita berpelukan di khalayak ramai, bercumbu-cumbuan, ketawa mengilai macam syaitan
Bila kita tegur pasangan couple dikatakan pelik tapi tak pelik bila orang mengumpat, mengeji orang lain
Bila kita buat sesuatu yang ikut ajaran Islam dikatakan pelik tapi tak pelik bila buat jahat yang tidak patut diikuti

Ingatalah saudara, saudari sekalian,

yang dikatakan pelik itulah ajaran Islam yang sebenar, agama Allah yang dibawa oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW. kita ikut dapat pahala dan kita tinggal dapat dosa

yang dikatakan tak pelik itulah godaan dan permainan syaitan untuk menyesatkan anak cucu Adam seperti mana yang syaitan laknatullah ini minta daripada Allah sebab bersa sombong dan angkuh tidak mahu sujud kepada Adam.

oleh itu, saya minta kepada pembaca sekalian agar menjaga Iman, jaga akhlak agar diri kita sentiasa terus berada dalam nikmat Iman dan Islam. semua bermula dengan diri kita. tepuk dada tanya Iman. jangan tanya selera nanti badan binasa.jagalah pandangan agar hati terjaga, jaga hati agar Iman terjaga, jaga Iman agar hubungan dengan Allah terjaga.

detik-detik Terakhir di Universiti Islam Teknologi MARA Pulau Pinang

Assalamualaikum.

lagi 3 minggu ana akan meninggalkan universiti kesayangan ana. ana akan merindui suasana yang tenang dan damai disini yang ana tidak akan jumpanya di johor. ana amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran disini. jika ana tidak dimasukkan disini, ana pun tidak tahu macam mana dengan kehidupan ana. mungkin akan menjadi lebih teruk dari zaman sekolah menengah ana. ana tidak akan membuka kisah lama mengenai ana yang bisa mengaibkan diri ana sendiri.

di sinilah ana diberi hidayah oleh Allah dengan diberi sahabat yang membantu ana mendekatkan diri pada-Nya. ana akui ana jahil mengenai agama. solat pun lopong-lopong dan selalu tidak solat. Alhamdulillah, apabila masuk disini, kawan ana sering mengajar erti solat dan kelebihan solat berjemaah. ana dapat banyak ilmu agama dan terus mencintai ilmu agama sehingga sekarang. terasa jahil dan masih kurang ilmu di dada.

walaupun dihantui dengan dosa-dosa silam dan sering dipanggil ustaz oleh kawan-kawan apabila pulang ke johor sejak ana berubah, tetapi semua itu ana anggap cubaan  yang di berikan Allah untuk menguji diri ini. ana sering menasihati diri ini agar terus istiqamah dalam melakukan sesuatu. sekurang-sekurangnya ada sesuatu yang ana buat secara berteusan daripada tiada. Istiqamah itu penting dalam melakukan sesuatu.

Di sini jugalah ana kenal dengan kawan-kawan yang gila-gila sehingga terhanyut seketika. tetapi Allah maha penyayang, diperkenalkan seseorang yang mengajar ana erti kemanisan ukhwah. di sini ana mengenal erti ukhwah yang kadang-kadang timbul rasa ruginya kerana tidak diberi hidayah awal-awal untuk mengenal erti ukhuwah. ana berasa bersyukur walaupun diberi satu sem untuk menyertai usrah tersebut tetapi ana berasa amat kasih dan sayangnya kepada sahabat-sahabat sekalian. ana sayang antum semua.

di sini juga ana menyayangi seseorang yang ana sebutkan tadi yang mengajar ana kemanisan ukhuwah. ana menyayangi akhwat tersebut disebabkan dia lah ana dapat mengerti kemanisan ukhuwah. ana suka melihat dia kerana agama yang dimilikinya tetapi dia mempunyai seseorang yang lebih layak dari ana. ana sering berharap dan berdoa agar kami disatukan jika ditakdirkan bersama. berserah kepada Allah. Allah lah sebaik-baik perancang. biarlah ana mengadu dan meluahkan perasaan sayang ana kepada die melalui Allah. tetapi ana berasa sebak sebab melihat akhwat tersebut sedikit berubah. menyimpang sedikit.

Jika dahulu semasa ana datang ke sini Pusat Islam tidak banyak buat kuliah maghrib sekarang ni setiap malam kecuali sabtu dengan ahad dipenuhi dengan kuliah maghrib. banyak ilmu yang ana dapat dari Pusat Islam di sini. Begitu bermanfaat dan berguna sekali tersebut. ana berpendapat bahwa untuk menarik minat orang-orang muda sekarang ini untuk berjemaah ke masjid, maka kita perlulah untuk mengadakan kuliah-kuliah di masjid. insyaAllah, itu akan dijadikan tugas ana semasa di kampung ana. di kampung ana, kuliahnya hanya sebulan sekali.

banyak yang ana dapat di sini sehinggakan tak termampu oleh ana untuk menulisnya. setakat di sini sahaja penulisan blog ana. ada masa, ada tenaga insyaAllah akan terupdate lah blog ana. sedikit pesanan dari penaja jaga pandangan, hati terjaga, jaga hati iman terjaga. wallahualam. assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...