Antara Dua..

Pantai Telok amat indah sekali pada waktu petang. Matahari terbenam di ufuk barat begitu indah bila dipotretkan. Namun, suasana aman damai beserta tiupan dingin bayu laut di tepi pantai pada petang itu terasa panas bagi hadif. Entah mengapa hadif berasa tidak tenang sekali petang itu. Fikiran hadif begitu serabut. Pening memikirkan dirinya dan jodoh pilihannya. Hadif tidak tahu yang mana satu harus dipilih. Dua-dua mempunyai keistimewaan sendiri.

Hadif lelaki yang berasal dari selatan tanah air dan merupakan pelajar semester  akhir di institut pengajian tinggi awam di utara tanah air. Pada mulanya hadif merupakan pelajar yang bermasalah semasa sekolah menengah tetapi menerima sinar hidayah daripada Allah. Hadif mendapat kawan yang membantu dia mendekatkan diri kepada Allah. kawannya jugalah banyak mengajar dan mengajak hadif untuk mendalami ilmu agama. Hadif mula mendekatkan diri pada Allah. Banyak perubahan positif yang dia alami sejak memasuki ke institut pengajian tinggi tersebut.

Elya  gadis yang berasal dari negeri yang kuat makan tempoyak iaitu perak.  Sama tempat pengajian dengan hadif tetapi merupakan junior hadif. keluarga Elya yang mempunyai tarbiah keagamaan yang kuat.Keluarga Elya besar kerana mempunyai ramai adik-beradik. Elya merupakan anak kelima daripada sembilan adik beradik. Gadis itulah yang banyak mengajar hadif tentang nikmat tarbiah dalam Islam. Kemanisan ukhwah. Seperti namanya orangnya lembut. Elya gadis yang periang namun tegas.  Mempunyai pendirian yang tetap. Tidak mudah mengalah. Gadis yang berjiwa cekal dan kental.Itu yang menarik minat Hadif kepada Elya.
 
Ketika bersama Elya, Hadif merasakan dia kekurangan ilmu agama yang dimiliki. Hadif kadang-kadang merasakan dia sepatutnya belajar ilmu agama dari dahulu lagi tetapi hadif sedar bahaw masa tidak boleh diundurkan. Hadif tidak boleh menyalahkan takdir. Hadif pasrah dengan segala-galanya. Pasrah bukan erti berputus asa. Hadif semakin memantapkan ilmu dirinya dengan menghadiri kuliah maghrib, usrah mingguan. Ibadah sunnahnya juga tidak ditinggalkan. Tahajjud, puasa sunat isnin khamis, dhuha itu sudah menjadi kebiasaan bagi hadif. Namun semua itu dilakukan bukan untuk menarik perhatian Elya tetapi perhatian Allah. Hadif berhajat memperisterikan Elya apabila tamat belajar kelak.

Elya,
wajahmu semanis namamu,
walaupun tidak memakai solekan tetap menawan,
tenang sekali bila memandang wajah bercahayamu,
ku tahu berdosa memandang wajahmu dengan perasaan yang lain,
ku tahu harus jaga pandanganku seperti surah an-Nur ayat 31,
namun,
aku tidak mmapu melupakan wajahmu

Elya,
setiap bicaramu tegas seperti khalifah umar,
tidak hairan jika ramai memanggilmu sebagai serikandi umar,
aku tahu tidak layak untuk kau,
tapi
biarkan aku lembutkan hatimu dengan bacaan Quran
seperti Umar mendengar adiknya membca surah Taha ayat 1-5,

Elya,
aku ingin menjadikan kau sebagai zaujahku,
namun aku rasa seperti tidak layak
tapi
aku tetap mengharapkan kau terima aku


Maria gadis kristian daripada negeri dibawah bayu, sabah. Maria merupakan pelajar semester akhir sama seperti hadif namun berlainan fakulti. Hadif pelajar kejuruteraan manakala maria pelajar perhotelan. Maria merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Bapanya athies dan ibunya kristian. Akaknya budhha dan dia kristian begitu juga adiknya. Maria seorang yang cantik. Bak kata lelaki buaya darat mengatakan sekali pandang boleh jatuh hati. Kecantikan merupakan aset penting bagi Maria.

Cita-cita Maria ialah menjadi paderi kristian dan menyesatkan ramai orang Islam ditempat dia belajar. Maria pandai menggunakan kecantikan dia untuk menggoda syabab Islam. Ramai yang berjaya disesatkan dia. Maria begitu bangga kerana dapat menyesatkan ramai orang Islam. Kawan maria, cindy mencadangkan Maria menyesatkan hadif. Maria pun bersetuju dengan cadangan tersebut. Maria pun merangka rancangan dengan teliti agar Hadif berjaya keluar daripada agama asalnya.

Maria meminta pertolongan James yang merupakan rakan sebilik hadif untuk berkenalan degan Hadif. Pada awalnya Hadif tidak mahu sebab baginya Elya yang bertakhta di hati dia selepas Allah, Rasul dan orang tuanya. Setelah bermacam cara dilakukan oleh Mari, akhirnya Hadif tewas juga. Maria suka kerana rancangannya berjaya namun dia tidak tahu bahawa Hadif pun mempunyai rancangan disebalik persetujuan itu. Hadif berazam menarik Maria masuk Islam.

Pertemuan pertama berjalan lancar. Pertemuan Hadif bersama Maria petang itu di Jusco ditemani oleh James.  Pada mulanya Maria tidak bagi James ikut namun setelah dipaksa keras oleh Hadif, Maria mengalah jua. Setelah beberapa kali bertemu dengan adanya James, Maria merancang mengadakan pertemuan tanpa James. Namun Maria hampa kerana perancangan dia tetap tak berjaya hadif tetap dengan pendirian. Hadif pun mula mengatur langkah apabila berjumpa dengan Maria, dia bercerita tentang Islam. Maria dan James begitu teruja dengan Islam.

Pada suatu hari, Maria bertanya soalan kepada hadif. Soalan berkaitan Kristian dengan Islam.  Hadif menyampaikan hujah-hujah berdasarkan al-Quran dan as-sunnah.  Semua persoalan yang ditanya oleh Maria dijawab oleh Hadif. Dengan hidayah Allah, Maria dengan James memeluk Islam dihadapan Hadif kerana mereka sedar Islam agama yang sebenar. Agama yang merangkumi semua aspek. Agama yang mereka anuti selama ini hanya perbohongan semata-mata.

Sejak hari itu, James belajar mendalami agama daripada hadif dan Maria belajar agama daripada Elya. Maria pada mulanya ingin belajar agama daripada Hadif namun hadif menolaknya kerana berlainan jantina. Boleh mengundang fitnah. Maria berat hati kerana hatinya mula terpaut pada Hadif. Hadif berasa bersalah kerana tujuannya kerana allah dan Islam. Bukan kerana perempuan.

Maria,
gadis yang ayu,
semua mata yang memandang pasti tergoda denganmu,
namun
sungguh indah bila wajah itu dijaga dan ada hijabnya,
rambutmu yang panjang mengurai,
sungguh lawa dan berkilat bila dipandang
namun
sungguh indah bila ia ditutup
dan menjadi tatapan insan bergelar suami

Maria,
aku tahu  tujuan asalmu
namun
Allah telah bagi kekuatan dan ilham kepada aku
akhirnya
dengan hidayah Allah
Kau berjaya menjadi Orang Islam,
Aku harap terus kekal selamanya,
ini nikmat yang paling besar sekali.

Maria,
niat aku hanya demi Islam
bukan cinta ayng aku harapkan
namun aku hanya berharap kau terus menjadi hambaNya yang solehah

Tersentak lamunan Hadif petang itu kerana mendengar Seruan Ilahi menandakan masuknya maghrib. Sungguh dia tidak sangka begitu cepatnya masa berlalu. hadif rasa bersalah dan berdosa kepada Allah kerana memikirkan masalah ini terlalu lama dan mengikut perasaan sehingga msuk waktu maghrib. Hadif pun bingkas bangun dan menuju ke kereta untuk pergi menunaikan kewajipan dia sebagai hamba-Nya. Hadif membiarkan persoalan dan pertanyaan yang mana harus dipilih, antara Elya dengan Maria kepada pemilik-Nya. Biarlah Allah tunjukkan dia melalui isthikharah.

1 comment:

Anonymous said...

like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...