Muaz

Kosong. sepi. sunyi. hambar. itu yang bermain didalam fikiran Harraz Rifqi. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang. Fikirannya betul-betul buntu. Dia seperti berada di dalam gua yang tiada sebarang sumber cahaya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia kelihatan seperti orang gila walhal dia bukan gila. Dia sering bermonolog dengan dirinya. Macam mana zat Allah? Macam mana rupa Allah? Menurut sahabat baiknya Muaz, jangan fikir tentang zat dan rupa Allah, kerana otak manusia tidak mampu memikirkannya. Boleh gila. Tetapi fikirkanlah apa yang diciptakan oleh Allah. Ambil pengajaran dan apa tujuan Allah cipta semua benda yang berada di sekeliling kita. Contohnya mengapa Allah ciptakan khinzir sedangkan khinzir merupakan najis berat? Menurut kisah semasa bahtera Nabi Nuh belayar kapal dipenuhi dengan najis manusia dan haiwan yang terdapat didalam bahtera Nabi Nuh, lalu Allah perintahkan khinzir memakan najis tersebut. Tengok. Allah menciptakan sesuatu itu pasti ada tujuannya.


Di Pusat Islam Universiti Islam Pulau Pinang, Muaz baru sahaja menunaikan solat sunat dhuha. Solat sunat merupakan kunci rezeki. Rezeki bukan sahaja wang ringgit tetapi ia meliputi ilmu,kesihatan tubuh badan.Solat sunat itu tidak pernah ditinggalkan Muaz sejak baligh lagi. Bagi Muaz solat dhuha itu sudah menjadi solat wajib yang perlu ditunaikan. Muaz akan berasa berdosa jika meninggalkannya. Muaz pernah hampir meninggalkan solat sunat dhuha tersebut semasa menjadi urusetia kejohanan Liga Futsal Zamrud edisi ke 7. Terlalu leka menjadi urusetia sehinggakan dia terlupa. Semasa makan tengahari pukul 12 baru dia teringat yang dia belum menunaikan solat sunat dhuha. Dengan pantas dia melakukannya. Dia betul-betul berasa amat berdosa kerana dengan urusan dunia dia lalai untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Muaz berazam tidak akan lalai lagi. 

Solat Malam pun tidak pernah ditinggalkan oleh Muaz sejak baligh. Dia mahu mencontohi Sultan Muhammad al-Fatih, khalifah ke 7 Kerajaan Uthmaniyah. Baginda merupakan orang yang merialisasikan hadis Nabi Muhammad SAW semasa menggali parit Perang Khandaq. “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)  
Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut?  Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu. SubhanAllah. 

Muaz menunggu rakan seperjuangannya datang ke Pusat Islam tersebut. Mereka ada usrah mingguan disitu bersama Ustaz Fazlon. Kehadiran Harraz Rifqi amat dinantikan oleh Muaz. Harraz Rifqi telah diajak oleh Muaz berkali-kali untuk menyertai usrah tersebut untuk menambah ilmu disamping mengukuhkan tali persaudaraan antara mujahid Islam yang berdakwah di kampus itu. Mereka perlu kenal mengenal antara satu sama lain. Dakwah bukan kerja yang boleh dilakukan berseorangan. Rasulullah pun begitu. Rasulullah berdakwah bersama para sahabat. Usrah hampir tiba di penghujung tetapi kelibat Harraz Rifqi masih tiada. Muaz kecewa lalu dia bersangka baik dengan mengatakan yang Harraz Rifqi mempunyai masalah yang tidak boleh dielakkan.Dia mahu berjumpa dengan Harraz Rifqi setelah habis usrah tersebut.

Blok kediaman Harraz Rifqi terletak di blok Baiduri manakala Muaz tinggal di Blok Zamrud. Muaz bersyukur kerana dia belajar di kampus yang kecil. Jadi jarak antara blok tidak jauh. Baju Muaz basah ketika sampai di pintu hadapan bilik Harraz Rifqi, B6.22. Muaz berpeluh disebabkan Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia yang paling panas. Muaz pun mengetuk pintu bilik Harraz Rifqi. Aswad, rakan sebilik Harraz Rifqi membuka pintu bilik. Dia meyangkakan kawan dia datang. Apabila melihat Muaz datang, muka dia terus berubah menjadi masam dan terus meninggalkan bilik.

Muaz tersenyum melihat karenah Aswad. Dia rasa bersalah kerana jika tetamu tidak disenangi oleh tuan rumah, dia perlu beredar. Dia segera memanggil Aswad, Muaz bertanya adakah Aswad tidak suka dia datang menziarah Harraz Rifqi? Aswad menjawab dia sebenarnya  tidak menyenangi Muaz sebab Muaz rapat dengan Harraz Rifqi yang digelar sewel oleh Aswad. Beristighfar Muaz mendengarnya. lalu dia memberitahu Aswad yang jika kita panggil seseorang dengan panggilan keji sebanyak  40 kali, sebenarnya ia memantul kearah kita kembali. Ia umpama cermin. Memantulkan kembali. Setelah mendengarnya baru Aswad sedar akan kesilapannya lalu ingin meminta maaf kepada Muaz. Muaz mengatakan dia hanya menyampaikan apa yang dia tahu dan Aswad perlu meminta maaf kepada Harraz Rifqi bukannya dia.

Lalu mereka berdua menuju ke bilik untuk bertemu dengan Harraz Rifqi. Terkejut mereka melihat Harraz Rifqi  duduk bercangkung di atas tingkap. Perbuatannya dia seperti ingin membunuh diri dengan melompat ke bawah melalui tingkap tersebut. Dengan segera, Muaz dan Aswad berlari menangkap Harraz Rifqi daripada membunuh diri. Meronta-ronta Harraz Rifqi apabila kehendaknya dihalang. Aswad yang berbadan besar dengan mudahnya menghentikan rontaan Harraz Rifqi yang berbadan kecil. Muaz dengan wajah yang penuh bercahaya dan lembutnya bertanya mengapa Harraz Rifqi ingin membunuh diri? Harraz mengatakan yang bisikan dalam hatinya yang mengatakan dia perlu terjun untuk mengetahui benar atau tidak manusia boleh hidup semula? Muaz berasa Harraz Rifqi mempunyai masalah aqidah dan perlu mendapatkan bimbingan daripada Ustaz Fazlon. 

Muaz memberitahu bahawa yang membunuh diri bukan cara untuk melihat kita hidup semula. Jika kita melakukannya kita akan mengulanginya seperti itu diakhirat kelak malah lebih dasyat lagi. Apa yang perlu dilakukan kita hanya percaya dengan AL-Quran dan Hadis Nabi SAW yang mengatakan adanya kehidupan selepas kematian di dunia ini. Kehidupan yang kekal selama-lamanya. Hidup di dunia ini hanya sementara. Tempat untuk manusia mengharungi ujian daripada Allah yang ingin menguji tahap keimanan seseorang. Jadi, kita perlulah banyakkan amal ibadat kita. Jika kita ikut sunah Nabi, setiap benda kita lakukan akan mendapat pahala ganjarannya. Esok, Harraz Rifqi ikut Muaz pergi berjumpa dengan Ustaz Fazlon. Harraz Rifqi boleh menceritakan masalah Harraz Rifqi kepada Ustaz Fazlon. InsyaAllah Ustaz Fazlon boleh bantu Harraz Rifqi.

Dua bulan daripada peristiwa tersebut kelihatan Muaz, Harraz Rifqi dengan Aswad berjalan beriringan keluar daripada Pusat Islam. Mereka kelihatan tersenyum. Muaz insan paling gembira. Dia bersyukur kerana Allah memperkenankan doanya untuk melihat Harraz Rifqi menghampiri dan menyertai usrah mingguan dan Muaz bertambah syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan bonus dengan membuka hidayah kepada Aswad untuk menyertai usrah tersebut. Muaz berazam mengajar mereka berdua kemanisan usrah. Melalui usrah dapat melahirkan ukhwah.Ukhwah Fillah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...