Untukmu Tony

Tahun 1991 merupakan tahun perkenalan Mujahid dengan Tony. Tony merupakan anak kelahiran Sarawak bumi kenyalang. Tony merupakan seorang Kristian. Pertemuan pertama antara Mujahid dengan Tony berlaku apabila mereka mendapat satu bilik ketika menuntut di Cambridge University. Dari situ, perkenalan dan persahabatan mereka begitu akrab sekali kerana mereka berasal dari negara yang sama walaupun berlainan agama dan bangsa.

Perhubungan antara Mujahid dengan Tony semakin akrab kerana kedua-dua mempunyai minat dan kecenderungan yang hampir sama khususnya dalam bidang penulisan. Setiap ada waktu kelapangan, mereka sentiasa berbincang mengenai pelbagai perkara termasuklah soal-soal keagamaan khususnya yang bersangkut paut antara Islam dengan Kristian.

Setelah 5 tahun berada di perantauan orang, Mujahid pulang ke Malaysia tetapi tidak bagi Tony. Tony ditawarkan bekerja di negara kanggaroo sebagai jurutera. Itu memang menjadi cita-cita Tony sejak kecil lagi. Namun persahabatan mereka tidak terputus di situ, mereka tetap berbalas email untuk bertanya khabar. Pada tahun 2000, Mujahid terkejut dengan email yang diterima daripada Tony. Tony telah menyentuh isu sensitif mengenai Islam.

Di dalam email tersebut, Tony membangkitan Keesaan Allah, mengapa bahasa Arab menjadi bahasa akhirat, dan orang Islam tidak dijamin masuk syurga,  Mujahid termenung sebentar setelah membaca berkali-kali. Mujahid berasa terkejut dengan email itu. Akhirnya Mujahid mengambil keputusan untuk membalas email tersebut dengan mana yang mampu dia jawab setelah dia memahami apa yang cuba disampaikan oleh Tony. Mujahid pun memulakan taipan emailnya yang berbunyi:

Bismillahir Rahmannir Rahim

Ke hadapan sahabatku tony, Apa khabar? Saya mendoakan saudara sihat selalu. Saya telah membaca email yang saudara emailkan kepada saya. Terima kasih kepada saudara. Saya berharap persahabatn kita masih kekal walaupun berbeza anutan dan bangsa. saya akan menjawab soalan satu persatu dan banyak persoalan saudara saya rujuk buku " Dialog Masalah Ketuhanan Jesus" oleh K.D Bahaudin Mudhary terbitan Persatuan Ulama Malaysia


Saya akan menjawab persoalan saudara mengenai ketuhanan Nabi Isa atau Jesus. Saudara pernah mengatakan konsep Trinity seperti matahari. Matahari ibarat Allah, cahaya diumpamakan Nabi Isa dan haba matahari umpama Ruhul Kudus. Saudara menyimpulkan bahawa ketiga-tiga unsur sebenarnya satu. Ketiga-tiganya berada dalam satu. Saya menghormati pendapat saudara. saya pelik dengan orang-orang Kristian mengapa suka berhujah dengan logik akal bukan dengan merujuk kepada kitab suci mereka bila ingin mempertahankan soal ketuhanan? Saudara juga pernah berkata bahawa soal ketuhanan tidak boleh menggunakan logik akal. Kalau begitu mengapa saudara berhujah menggunakan logik akal walhal Bible lebih berautoriti daripada akal manusia. Lagi yang menghairankan saya ialah orang kristian lebih menerima Injil Yahya yang menekan konsep trinity walhal 3 Injil Sinoptik yang lain  tidak. Yang peliknya satu lawan tiga, satu yang menang.

Kembali kepaada matahari yang saudara hujahkan dahulu. Saya pun berhujah mengikut logik akal kerana saudara lebih suka menggunakan logik akal sedangkan saya lebih suka berhujah menggunakan nas-nas yang terdapat didalam al-Quran. Memang ketiga-tiga unsur itu berasal daripada matahari tetapi haba tidak dipanggil matahari kan? Tentu tidak bukan. begitu juga masaalah tuhan. Nabi isa, Allah dan Ruhul Kudus tak sama. Lagi satu yang menyokong hujah saya ialah matahari hanya terdapat pada waktu siang. pada malam hari tiada matahari. Apakah begitu sifat tuhan? serba kekurangan. Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan.

Persoalan kedua yang saudara kemukan ialah mengapa bahasa Arab menjadi bahasa akhirat bukan bahasa lain?  Allah itu lebih mengetahui apa yang makhluk-Nya tidak tahu. Allah Maha Mengetahui. Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi akhirat kerana tiada bahasa lain di dunia ini paling lengkap dan sistematik dari segi nahu, kaedah bahasa, sastera. Saya percaya bahawa tiada bahasa lain yang selengkap bahasa Arab. Bahasa arab adalah bahasa al-Quran. Wahyu Allah. Kitab suci yang diturunkan oleh Allah. Al-Quran menjadi pedoman hidup seluruh umat manusia menggunakan bahasa Arab. Kekuatan struktur ayat-ayat suci al-Quran yang menggunakan bahasa Arab mampu bertindak sebagai penghibur hati dan mampu mententeramkan jiwa orang yang membaca dan mendengaranya. SubhanAllah. Seseorang tidak akan jemu membaca al-Quran. Dari mula belajar sehingga ia mati tidak akan jemu membacanya. Semakin kita membaca dan menghayati maknanya hati kiuta terhibur dan tidak bosan membacanya. Seronok dan mengasyikkan. Susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang yang membaca dan menghayati sahaja yang tahu nikmatnya. Amat rugi bagi siapa tidak pandai dan menghayati Al-Quran.  Dengan faktor yang saya huraikan itu, bahasa Arab dipilih menjadi bahasa akhirat.

Persoalan terakhir yang saudara pertikaikan ialah mendakwa orang Islam tidak dijamin masuk syurga sekalipun mereka melakukan banyak ibadat. Saya terima pendapat saudara dan ramai umat Islam yakin dengan pendapat tersebut. Namun persoaln masuk neraka atai syurga tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Allah maha Pengasih kerana tidak membiarkan hidup terawang-awang dan sebab itu Allah mengutus para Nabi dan Rasul untuk membimbing manusia. Kehidupan yang abadi ialah dia akhirat. Setiap amal perbuatan manusia di dunia akan dihitungkan di padang masyar kelak. Kalau baik amalannya, insyaALLAH dia akan ditempatkan di syurga dan begitu jua sebaliknya. Ingin saya tegaskan disini bahawa banyak ayat-ayat didalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW  yang menunjukkan ganjaran syurga bagi orang yang beriman. Allah pasti tidak akan memungkiri janji-NYA. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud" Sesiapa yang mengucapakan kalimah Lailaha Illallah akan dimasukkan ke dalam syurga" Ini merupakan jaminan mutlak bagi sesiapa sahaja yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Ini merupakan suatu kepastian dan suatu janji yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sahabatku Tony saya berharap apa yang saya tulis ini menjawab persoalan yang saudara kemukan. Sebelum saya mengakhiri pernulisan ini saya ingin saudara perhatikan peratusan orang yang menukar agama sejak dahulu lagi. Ramai cerdik pandai, golongan intelek bahkan paderi kristian memeluk agama Islam. Mereka memeluk agama Islam setelah apa yang dicari selama ini dalam agama asal mereka tidak ditemui seperti kedamaian dan ketenangan. Sebahagian yang lain mendapat taufiq dan hidayah Allah. Seperti contoh Monsior Etin Dinet pelukis yang berasal daripada Perancis. Dia memeluk Islam setelah gagal melukis gambar tuhan. Dia telah mengembara seluruh dunia untuk melihat tuhan anutan agama lain tetapi tidak memberi suatu kepuasan kepada dia. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang Muslim. Dia bertanya kepada Muslim tersebut macam mana rupa tuhan orang Islam? Orang Muslim tersebut menjawab Allah tidak boleh dilukis, dipotret dan juga tidak boleh disamakan dengan sesuatu apa pun. Selama mana boleh disamakan dengan sesuatu, maka itu sebenarnya bukan Allah tetapi makhluk-Nya. Jadi Etin Dinet terpegun dan mengakui kebenarannya. Semoga kisah ini dapat diambil iktibar.

Buat akhir kalam, saya berseru kepada diri saya dan saudara agar sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah atas kesilapan dan kesalahan. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar.

Mujahid menekan butang send. Mujahid berharap dengan apa yang ditulis ini dapat memberi sinar hidayah kepada Tony. Mujahid berharap Tony memeluk Islam dan boleh berjuang bersama-sama dia dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada orang ramai. Kepetahan dan hasil karya Tony amat sesuai dan berguna jika ia digunakan untuk menarik orang ramai. Itu yang diharapkan Mujahid. Semoga Allah memberi hidayah kepada Tony.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...