Mia

Pagi itu Mia termenung melihat pemandangan sawah padi yang luas terbentang melalui jendela biliknya. Mia runsing bila mengenangkan nasib yang menimpa akan dirinya dan keluarganya.

Mempunyai ayah tetapi dilayan seperti Mia bukan anak kandung ayah. Pernah satu hari, Mia ingin menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada ayahnya. Mia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Mia berharap segala usaha gigih Mia dapat dikongsi bersama keluarga terutama ayah yang sentiasa mengatakan pelajaran itu tidak penting. Membazir duit. Ayah berkata kepada Mia yang kalau Mia kahwin lagi menguntungkan ayah sebab boleh dapat duit daripada perkahwinan Mia. Mia hanya mendiamkan diri dan bermonolog sendiri.Ya Allah, apa yang ayah fikirkan ketika itu? Ayah fikir perkahwinan itu jual beli ke? Perkahwinan itu suatu perkongsian jiwa, hidup dan segala-galanya dengan seseorang insan bergelar suami. Jauh menyimpang pemikiran ayah Mia terhadap perkahwinan. InsyaAllah Mia akan membantu ayah tetapi belum tiba masanya.

Semasa menunjukkan keputusan SPM kepada ayah, Mia mengharapkan ayah mengucapkan tahniah tetapi lain pula jadinya. Ayah bukan sahaja meronyok keputusan Mia malah ayah turut membuang keputusan Mia ke luar jendela. Hati Mia seperti disiat-siat dan terluka dengan perbuatan ayah. Mia berlari menuju ke luar rumah tetapi belum sempat ke luar rumah, tangan Mia disambar kasar oleh ayah. Tangan kasar milik ayah hinggap di pipi gebu milik Mia. Darah mengalir di celahan bibir Mia dan menitik ke baju seragam sekolahnya yang selama 5 tahun dipakai Mia. Tidak pernah dibeli baru. Walaupun lusuh Mia tetap memakainya tanpa perasaan malu.Air mata Mia mengalir deras seperti lebatnya hujan di luar rumah. Ayah kata buat apa kau nak ambil keputusan teruk itu? Biarkan keputusan itu diluar rumah dan jangan berani kau ambil. Kau ambil, tali pinggang aku jadi santapan belakang badan kau. Mia terpana dengan kata-kata ayah. Ayah tidak pernah melayan Mia seperti anak kandung ayah. Mia ni teruk dan jijik sangat ke sampai ayah melayan Mia macam ni. Mia ingin bertanya soalan tersebut kepada ayah tetapi suaranya seolah-olah hilang dan tersangkut di kerongkong. Mia tetap sayang ayah walaupun layanan ayah teruk terhadap Mia kerana ayah bekerja keras untuk menyara hidup dan menyekolahkan Mia. Tanpa ayah, tiada Mia di dunia ini.

Mia mempunyai abang tetapi sentiasa ingin mengambil kesempatan keatas Mia. Abang sepatutnya menjadi pelindung kepada adik-adiknya bukan mengambil kesempatan ke atasa adik-adiknya. Peristiwa hitam ini berlaku ketika keluarga Mia menziarahi datuk yang sakit di kampung. Mia gembira kerana pertama kali dapat mengikut keluarga Mia ke rumah datuk. Selalunya Mia ditinggalkan di rumah keseorangan. Abang membantah dengan keputusan ayah apabila ayah mengatakan Mia tidak boleh ikut pulang ke kampung. Abang mengatakan jika Mia tidak ikut dia pun tidak mahu ikut. Akhirnya ayah mengalah dengan keputusan abang yang merupakan anak emas ayah. Mia mengucapkan terima kasih dengan abang. Abang kata bukan begini cara untuk mengucapkan terima kasih kepada abang. Ada cara lain. Mia pelik dan bertanya kepada abang apakah ia? Abang hanya tersenyum lalu meninggalkan Mia dalam kebingungan.

Sepanjang perjalanan selama 3 jam ke kampung datuk seolah-olah sekejap sahaja bagi Mia kerana Mia begitu teruja dengan pemandangan di sepanjang perjalanan ke rumah datuk. Selama ini Mia hanya melihat permandangan di kampung Mia sahaja. Mia tidak pernah berpeluang untuk ke luar dari kampung sebab ayah tidak mengizinkan. Malam itu, Mia tidur di atas sofa di ruang tamu sebab ayah mengatakan Mia tidak boleh tidur di bilik sebab Mia tidak layak untuk mempunyai ruang untuk tidur di rumah datuk. Kalau ikut ayah nak bagi Mia tidur di garaj kereta sahaja tetapi abang merayu jangan berlaku kejam terhadap Mia. Bagilah Mia tidur di sofa sekurang-kurangnya.

Mia pelik dengan sikap abang kebelakangan ini. Abang berubah menjadi baik sekali padahal selama ini perangai abang hampir sama sahaja dengan ayah. Dingin sahaja dengan Mia. Mia bersangka baik dengan abang bahawa abang dah berubah. Tika lena dibuai mimpi, Mia merasakan ada benda bergerak di kakinya. Sejuk. Mia membiarkan kerana masih mamai dalam tidurnya. Mia berasa tidak selesa bila benda sejuk itu berada di kemaluannya. Mia pun membuka matanya. Seperti kena kejutan elektrik, Mia melihat abang berada di sebelahnya sambil tangannya memegang kemaluan Mia. Mia menjerit sekuat hati dan abang pun terperanjat lalu berlari meninggalkan Mia.  Serta merta lampu di ruang tamu dihidupkan. Belum sempat Mia bersuara untuk menerngkan apa yang berlaku di hadapan keluarga, tangan kasar ayah melayang hinggap di pipi Mia. Pedih dan perit sekali. Abang hanya tersenyum melihat kejadian tersebut. Mia menangis sepuas-puasnya. Mia sayangkan abang kerana Mia hanya mempunyai seorang tetapi kenapa abang layan Mia begini? Kita hanya adik beradik. tidak lebih daripada itu. KIni abnag berada di penjara disebabkan kesalahan merogol budak bawah umur. Dipenjara 20 tahun. Mia harap abang berubah semasa di dalam sana.

 Mempunyai akak tetapi akaknya lebih rela memilih kasih daripada keluarga. Akak Mia jenis yang kuat memberontak. Nasib akak dengan Mia lebih kurang sama. Kami sering mendapat layanan "mesra" daripada ayah yang merupakan penampar, sepak terajang dan tali pinggang sebagai santapan. Cuma akak bernasib malang sedikit daripada Mia sebab akak hanya bersekolah sampai tahun 6 sahaja. Selepas itu, akak mengambil alih tugas ibu yang meninggalkan kami 3 beradik selama-lamanya.Hadirnya insan lain yang penyayang serta mengambil berat akan akak menyebabkan akak menyayangi lelaki tersebut. Akak berasakan bahawa lelaki itulah segala-galanya sehinggakan sanggup menyerahkan mahkota yang sepatutnya menjdi milik suami akak. Begitu kesian dengan akak.

Apabila ayah mendapat tahu bahawa akak menjalin kasih bersama lelaki tersebut, ayah berang dan membelasah akak separuh mati. Keadaan akak ketika itu sukar diceritakan. Amat dasyat dan sedih sekali. Memilukan hati bagi yang melihat. Hanya akak sahaja yang tahu keperitan yang dialaminya. Malam itu, akak nekad untuk melarikan diri bersama kekasihnya. Akak sempat meninggalkan sekeping nota yang meminta Mia menjaga diri elok-elok dan tengok-tengok ayah dan abang. Akak, Mia tidak menyalahkan akak kerana melarikan diri sebab tidak tahan dengan seksaan selama ini. Cuma Mia kesal kerana akak melarikan diri bersama seseorang yang bukan sah untuk akak.  Itu yang Mia kesal akak.

Lamunan Mia terhenti apabila nama Mia dipanggil oleh ayah. Sayu sahaja suaranya.Segera Mia pergi ke bilik ayah yang terletak bersebelahan bilik Mia. Mia terkejut melihat keadaan bilik ayah yang bersepah dan berbau. Meloyakan tekak. Mia melihat ayah terbaring lemah. Mia pelik kerana semalam ayah sihat sahaja.Segera Mia meluru ke arah ayah. Mia ingin sedih melihat ayah begitu. Mia melihat mata ayah. Dipandang dengan kasih. Mia melihat di celah kelangkang ayah. Ayah berak di situ. Mia ingin memapah ayah ke bilik air tetapi ayah tidak mahu. Ayah mengahalau Mia pergi tetapi Mia tetap berkeras memapah ayah ke bilik air. Mia hanya memekakkan telinga sahaja apabila ayah memaki hamun  Mia. Mia membersihkan diri ayah dengan penuh kasih sayang.

Setelah membersihkan diri ayah, Mia memakai ayah baju dan kain yang bersih. Mia pun memngemas bilik ayah lalu Mia terjumpa sebuah foto lama. Mia sedih melihat foto tersebut. Mia menatap dengan penuh kasih terhadap foto.Foto tersebut milik insan yang dirindui oleh semua ahli keluarga Mia. Keluarga Mia dahulu bahagia akan tetapi berubah 360 darjah setelah insan tersebut meninggalkan mereka selama-lamanya. Insan  tersebut adalah Ibu. Ibu meninggalkan kami ketika abang berumur 14 tahun, akak 12 tahun dan Mia 10 tahun. Ayah seolah tidak dapat menerima hakikat yang ibu telah tiada. Ayah menjadi pemarah dan tidak mengambil berat akan kami. Abang pun mengikut jejak ayah. Akak berhenti sekolah untuk mengambil tugas ibu akan tetapi apa kan daya pada insan yang berumur 12 tahun untuk melakukan kerja orang dewasa. Semua tidak menjadi. Tanak nasi menjadi bubur, goreng ikan hangus. Ayah tidak menghargai penat lelah dan usaha akak malah memukul dan mengherdik akak.

Ibu,
Insan yang dirindui oleh kami,
Pergi mu telah merubah segala-galanya,
Ayah yang penyayang menjadi pemarah,
Abang yang riang menjadi diam,
Akak yang cantik menjadi hitam dek arang,
Mia yang manja diherdik dan hinjak oleh ayah dan abang

Ibu,
Kasih mu amat kami rindui,
masa ibu ada kami rasa gembira,
kami merasa kamilah keluarga bahagia,
Gembira ada ibu

Ibu,
kini Mia sedih melihat orang lain ada ibu,
Mia rasa beruntungnya mereka,
Mia sayang ibu,
Mia Rindu ibu,
Mia kasih akan ibu,
Ibulah segala-galanya buat mia,
tetapi
Allah lebih sayang akan ibu,
Mia pasrah dengan ketentuan-Nya.

Mia menyeka air mata yang mengalir. Segera Mia turun ke dapur untuk memasak untuk ayah. Setelah menyuapkan ayah untuk makan tengahari, Mia memberanikan diri untuk bertanya kepada ayah kenapa ayah melayan Mia begitu teruk? Ayah tidak menjawab. Mia tanya lagi, kenapa ayah? kali ini ayah mengalirkan air mata. Mia rasa bersalah lalu meminta maaf. "Mia minta maaf ayah sebab melukakan hati ayah. Tak pe lah jika ayah tidak mahu menceritakan, Mia tak nak paksa ayah." Mia segera mengangkat punggungnya untuk menuju ke dapur tetapi ayah menghalangnya. Ayah memegang tangan Mia. Mia mengusap tangan ayah lembut dengan penuh kasih. Ayah merenung mata Mia sedalam-dalamnya. Mia lihat ayah seperti berat untuk meluahkannya. Mia menunggu ayah meluahkannya.

"Wajah kamu dan akak kamu sama macam ibu kamu" akhirnya kalimah itu muncul daripada mulut ayah. Mia hairan. "muka kami memang hampir sama dengan ibu. Ayah marah dan benci kat ibu sampai menyeksa kami macam begini?" Ayah berkata " Tidak. Ibulah insan yang paling ayah sayang dan kasih. Ayah tidak dapat terima hakikat yang ibu pergi. Bila terpandang wajah kamu berdua, buat ayah rindu pada ibu. Timbul rasa marah ayah pada ibu kamu kerana meninggalkan ayah. Itu yang kamu menjadi mangsa"  Mia terpaku dengan kata-kata ayah. Ayah berkata lagi " kini ayah menyesal dengan perbuatan ayah. Ayah tahu kamu berdendam dengan ayah kerana melayan kamu begitu teruk sekali"  "saya dah lama maafkan ayah sebab ayahlah segala-galanya bagi saya." Kedua beranak itu berpelukan sambil mengalirkan air mata.

10 tahun kemudian

Mia melihat maisara berlari keanak-anakan menuju kepada dia. Mia segera memeluk erat si kecil itu, lalu mendukungnya. Anak kecil itu bertnaya " Ummi kenapa kita datang kat tanah lapang yang ada batu tercacak?" Mia ketawa mendengarnya " Kita nak pergi melawat keluarga ummi" Maisara hairan " Keluarga Ummi duduk kat sini ke? Tiada rumah pun" Mia hanya tersenyum mnedengarnya lalu menuju ke 3 kubur. "Ini lah keluarga Ummi, ini atuk, pak long dengan mak ngah"

Apabila melihat kubur tersebut, Mia berasa sedih. Ayah pergi meninggalkan Mia setelah Mia berjaya mendapatkan segulung Ijazah. Tidak sempat untuk menghadiri konvo Mia. Abang pula meninggal setelah tidak tahan dengan sebatan yang diterima setelah hukuman merogol budakbawah umur. Akak meninggal dalam keadaan tragis. Mayatnya kena kerat dengan along disebabkan kekasihnya meminjam wang daripada along. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah.

"Mari kita baca yasin dengan sedekah fatihah kepada atuk, pak long dengan mak ngah". Si comel itu mengangguk. Setelah melawat kubur, Mia berjalan berpimpin tangan dengan suami tercinta dan si kecil menuju ke kereta untuk pulang ke rumah tercinta. Mia rasa bahagia kerana dapat membina keluarga bahagia setelah kenangan pahit selama ini. Mia bersyukur kepada Allah maha Esa.

Sekian.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...