Belia Cemerlang

Assalamualaikum

hari ni kita masuk cerita mengenai BELIA @ REMAJA..Topik ini amat menarik kerana saya sendiri BELIA dan kawan-kawan saya BELIA dan semua orang tua pernah melalui zamanBELIA @ REMAJA.

Golongan BELIA adalah kumpulan yang menjadi tenaga utama dalam negara. Sejak zaman Rasulullah lagi, BELIA adalah tonggak dalam pembangunan & perjuangan menegakkan Islam. Zaman Nabi Muhammad adalah zaman terbinanya generasi BELIA yang berkualiti tinggi, lengkap dengan pakej iman dan takwa.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tanda-tanda BELIA Islam yang berhemah tinggi adalah generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan sunnah. Manakala menurut Fathi Yakan(Ilmuan Islam), usia muda adalah usia yang penuh dengan cita-cita unggul yang mengalirkan darah gemuruh dan idea yang bernas serta luas.

Golongan BELIA perlu bangkit untuk membina sahsiah diri  serta menjadi generasi yang mendokong ketamadunan ummah. BELIA perlu menjadi golongan yang memberi manfaat kepada orang lain dan sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.

Ikuti jejak mulia Saidina Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwan yang semasa berusia 8 tahun, pintar dan cerdas akal fikiran serta berani di medan perang. Imam Hassan al-Banna yang memimpin Gerakan Ikhwanul Muslimin semasa berusia 23 tahun. Usamah Bin Zaid dipilih menjadi panglima perang semasa berusia 18 tahun. Ramai lagi tokoh-tokoh BELIA Islam yang boleh kita contohi. Kita tanya diri kita sendiri, macam mana dengan kita sekarang? tepuk dada tanya Iman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...