coret-coret

pada isnin yang lepas ak dengan haziem iaitu sekretariat ak dibawah exco keselamatan dan sahsiah JPK Zamrud telah pergi mendapatkan kelulusan untuk menutup lampu di semua premis perniagaan di kampus dan kolej daripada timbalan rektor.. Alhamdulillah, surat itu lulus...

Tujuan ak buat untuk tutup lampu ni adalah untuk memastikan siswa & siswi untuk berada di bilik masing-masing selepas jam 11 malam. Disamping itu juga, memastikan tiada pelajar berdua-duaan di situ. ini adalah untuk memastikan tiada apa-apa yang pelik berlaku..

Aku sering mengatakan kepada orang yang aku tegur bahawa mereka terpisah hanya 7 jam sahaja iaitu dari 11 malam sehingga 6 pagi dan mempunyai 17 jam sehari untuk berjumpa + dating..adakah 17 jam itu tidak cukup? atau mereka nak 24 jam berjumpa? itu boleh dengan syarat KAHWIN.. its simple rule..mudah, tepat dan efisyen.

oleh itu, kepada mereka yang sedang hangat bercinta, jangan lupa sifat malu dan keluarga anda dirumah. bila  anda mencuba aksi terlarang atau menjatuhkan maruah diri, ini bermakna anda menconteng muka keluarga anda...mahukah anda begitu? sekarang bila bercinta semua indah tetapi bila berpisah semua pahit seperti hempedu..

Baginda s.a.w menyebut : " Sekiranya kamu sudah hilang sifat MALU, maka kamu boleh buat apa sahaja yang kamu MAHU ".

terimalah dan hayatilah lagu ini sebagai penutup



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...