Ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam setiap urusan dan tetapkanlah pendirian kami terhadap oran-orang kuffar (3:147)

Semakin meningkat usia kita, semakin banyak cabaran dan godaan yang dihadapi kita. Oleh itu, banyakkanlah amalan kita semoga amalan kita melebihi atau sama dengan pertambahan usia kita.

Jangan kita menyesal di akhirat kelak kerana kurangnya amalan di dunia ini disebabkan kelalaian kita dengan keindahan dunia dan godaan nafsu serta syaitan yang sering mencari jalan untuk membuatkan kita terus lalai dan lalai daripada mengingati Allah.

oleh itu, hendaklah kita sentiasa mengingati dan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya..Semoga kita ditempatkan di syurga bersama Nabi Muhammad dan sahabat....Amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...