Pagi itu Mia termenung melihat pemandangan sawah padi yang luas terbentang melalui jendela biliknya. Mia runsing bila mengenangkan nasib yang menimpa akan dirinya dan keluarganya.
Mempunyai ayah tetapi dilayan seperti Mia bukan anak kandung ayah. Pernah satu hari, Mia ingin menunjukkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada ayahnya. Mia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Mia berharap segala usaha gigih Mia dapat dikongsi bersama keluarga terutama ayah yang sentiasa mengatakan pelajaran itu tidak penting. Membazir duit. Ayah berkata kepada Mia yang kalau Mia kahwin lagi menguntungkan ayah sebab boleh dapat duit daripada perkahwinan Mia. Mia hanya mendiamkan diri dan bermonolog sendiri.Ya Allah, apa yang ayah fikirkan ketika itu? Ayah fikir perkahwinan itu jual beli ke? Perkahwinan itu suatu perkongsian jiwa, hidup dan segala-galanya dengan seseorang insan bergelar suami. Jauh menyimpang pemikiran ayah Mia terhadap perkahwinan. InsyaAllah Mia akan membantu ayah tetapi belum tiba masanya.
Semasa menunjukkan keputusan SPM kepada ayah, Mia mengharapkan ayah mengucapkan tahniah tetapi lain pula jadinya. Ayah bukan sahaja meronyok keputusan Mia malah ayah turut membuang keputusan Mia ke luar jendela. Hati Mia seperti disiat-siat dan terluka dengan perbuatan ayah. Mia berlari menuju ke luar rumah tetapi belum sempat ke luar rumah, tangan Mia disambar kasar oleh ayah. Tangan kasar milik ayah hinggap di pipi gebu milik Mia. Darah mengalir di celahan bibir Mia dan menitik ke baju seragam sekolahnya yang selama 5 tahun dipakai Mia. Tidak pernah dibeli baru. Walaupun lusuh Mia tetap memakainya tanpa perasaan malu.Air mata Mia mengalir deras seperti lebatnya hujan di luar rumah. Ayah kata buat apa kau nak ambil keputusan teruk itu? Biarkan keputusan itu diluar rumah dan jangan berani kau ambil. Kau ambil, tali pinggang aku jadi santapan belakang badan kau. Mia terpana dengan kata-kata ayah. Ayah tidak pernah melayan Mia seperti anak kandung ayah. Mia ni teruk dan jijik sangat ke sampai ayah melayan Mia macam ni. Mia ingin bertanya soalan tersebut kepada ayah tetapi suaranya seolah-olah hilang dan tersangkut di kerongkong. Mia tetap sayang ayah walaupun layanan ayah teruk terhadap Mia kerana ayah bekerja keras untuk menyara hidup dan menyekolahkan Mia. Tanpa ayah, tiada Mia di dunia ini.
Mia mempunyai abang tetapi sentiasa ingin mengambil kesempatan keatas Mia. Abang sepatutnya menjadi pelindung kepada adik-adiknya bukan mengambil kesempatan ke atasa adik-adiknya. Peristiwa hitam ini berlaku ketika keluarga Mia menziarahi datuk yang sakit di kampung. Mia gembira kerana pertama kali dapat mengikut keluarga Mia ke rumah datuk. Selalunya Mia ditinggalkan di rumah keseorangan. Abang membantah dengan keputusan ayah apabila ayah mengatakan Mia tidak boleh ikut pulang ke kampung. Abang mengatakan jika Mia tidak ikut dia pun tidak mahu ikut. Akhirnya ayah mengalah dengan keputusan abang yang merupakan anak emas ayah. Mia mengucapkan terima kasih dengan abang. Abang kata bukan begini cara untuk mengucapkan terima kasih kepada abang. Ada cara lain. Mia pelik dan bertanya kepada abang apakah ia? Abang hanya tersenyum lalu meninggalkan Mia dalam kebingungan.
Sepanjang perjalanan selama 3 jam ke kampung datuk seolah-olah sekejap sahaja bagi Mia kerana Mia begitu teruja dengan pemandangan di sepanjang perjalanan ke rumah datuk. Selama ini Mia hanya melihat permandangan di kampung Mia sahaja. Mia tidak pernah berpeluang untuk ke luar dari kampung sebab ayah tidak mengizinkan. Malam itu, Mia tidur di atas sofa di ruang tamu sebab ayah mengatakan Mia tidak boleh tidur di bilik sebab Mia tidak layak untuk mempunyai ruang untuk tidur di rumah datuk. Kalau ikut ayah nak bagi Mia tidur di garaj kereta sahaja tetapi abang merayu jangan berlaku kejam terhadap Mia. Bagilah Mia tidur di sofa sekurang-kurangnya.
Mia pelik dengan sikap abang kebelakangan ini. Abang berubah menjadi baik sekali padahal selama ini perangai abang hampir sama sahaja dengan ayah. Dingin sahaja dengan Mia. Mia bersangka baik dengan abang bahawa abang dah berubah. Tika lena dibuai mimpi, Mia merasakan ada benda bergerak di kakinya. Sejuk. Mia membiarkan kerana masih mamai dalam tidurnya. Mia berasa tidak selesa bila benda sejuk itu berada di kemaluannya. Mia pun membuka matanya. Seperti kena kejutan elektrik, Mia melihat abang berada di sebelahnya sambil tangannya memegang kemaluan Mia. Mia menjerit sekuat hati dan abang pun terperanjat lalu berlari meninggalkan Mia. Serta merta lampu di ruang tamu dihidupkan. Belum sempat Mia bersuara untuk menerngkan apa yang berlaku di hadapan keluarga, tangan kasar ayah melayang hinggap di pipi Mia. Pedih dan perit sekali. Abang hanya tersenyum melihat kejadian tersebut. Mia menangis sepuas-puasnya. Mia sayangkan abang kerana Mia hanya mempunyai seorang tetapi kenapa abang layan Mia begini? Kita hanya adik beradik. tidak lebih daripada itu. KIni abnag berada di penjara disebabkan kesalahan merogol budak bawah umur. Dipenjara 20 tahun. Mia harap abang berubah semasa di dalam sana.
Mempunyai akak tetapi akaknya lebih rela memilih kasih daripada keluarga. Akak Mia jenis yang kuat memberontak. Nasib akak dengan Mia lebih kurang sama. Kami sering mendapat layanan "mesra" daripada ayah yang merupakan penampar, sepak terajang dan tali pinggang sebagai santapan. Cuma akak bernasib malang sedikit daripada Mia sebab akak hanya bersekolah sampai tahun 6 sahaja. Selepas itu, akak mengambil alih tugas ibu yang meninggalkan kami 3 beradik selama-lamanya.Hadirnya insan lain yang penyayang serta mengambil berat akan akak menyebabkan akak menyayangi lelaki tersebut. Akak berasakan bahawa lelaki itulah segala-galanya sehinggakan sanggup menyerahkan mahkota yang sepatutnya menjdi milik suami akak. Begitu kesian dengan akak.
Apabila ayah mendapat tahu bahawa akak menjalin kasih bersama lelaki tersebut, ayah berang dan membelasah akak separuh mati. Keadaan akak ketika itu sukar diceritakan. Amat dasyat dan sedih sekali. Memilukan hati bagi yang melihat. Hanya akak sahaja yang tahu keperitan yang dialaminya. Malam itu, akak nekad untuk melarikan diri bersama kekasihnya. Akak sempat meninggalkan sekeping nota yang meminta Mia menjaga diri elok-elok dan tengok-tengok ayah dan abang. Akak, Mia tidak menyalahkan akak kerana melarikan diri sebab tidak tahan dengan seksaan selama ini. Cuma Mia kesal kerana akak melarikan diri bersama seseorang yang bukan sah untuk akak. Itu yang Mia kesal akak.
Lamunan Mia terhenti apabila nama Mia dipanggil oleh ayah. Sayu sahaja suaranya.Segera Mia pergi ke bilik ayah yang terletak bersebelahan bilik Mia. Mia terkejut melihat keadaan bilik ayah yang bersepah dan berbau. Meloyakan tekak. Mia melihat ayah terbaring lemah. Mia pelik kerana semalam ayah sihat sahaja.Segera Mia meluru ke arah ayah. Mia ingin sedih melihat ayah begitu. Mia melihat mata ayah. Dipandang dengan kasih. Mia melihat di celah kelangkang ayah. Ayah berak di situ. Mia ingin memapah ayah ke bilik air tetapi ayah tidak mahu. Ayah mengahalau Mia pergi tetapi Mia tetap berkeras memapah ayah ke bilik air. Mia hanya memekakkan telinga sahaja apabila ayah memaki hamun Mia. Mia membersihkan diri ayah dengan penuh kasih sayang.
Setelah membersihkan diri ayah, Mia memakai ayah baju dan kain yang bersih. Mia pun memngemas bilik ayah lalu Mia terjumpa sebuah foto lama. Mia sedih melihat foto tersebut. Mia menatap dengan penuh kasih terhadap foto.Foto tersebut milik insan yang dirindui oleh semua ahli keluarga Mia. Keluarga Mia dahulu bahagia akan tetapi berubah 360 darjah setelah insan tersebut meninggalkan mereka selama-lamanya. Insan tersebut adalah Ibu. Ibu meninggalkan kami ketika abang berumur 14 tahun, akak 12 tahun dan Mia 10 tahun. Ayah seolah tidak dapat menerima hakikat yang ibu telah tiada. Ayah menjadi pemarah dan tidak mengambil berat akan kami. Abang pun mengikut jejak ayah. Akak berhenti sekolah untuk mengambil tugas ibu akan tetapi apa kan daya pada insan yang berumur 12 tahun untuk melakukan kerja orang dewasa. Semua tidak menjadi. Tanak nasi menjadi bubur, goreng ikan hangus. Ayah tidak menghargai penat lelah dan usaha akak malah memukul dan mengherdik akak.
Ibu,
Insan yang dirindui oleh kami,
Pergi mu telah merubah segala-galanya,
Ayah yang penyayang menjadi pemarah,
Abang yang riang menjadi diam,
Akak yang cantik menjadi hitam dek arang,
Mia yang manja diherdik dan hinjak oleh ayah dan abang
Ibu,
Kasih mu amat kami rindui,
masa ibu ada kami rasa gembira,
kami merasa kamilah keluarga bahagia,
Gembira ada ibu
Ibu,
kini Mia sedih melihat orang lain ada ibu,
Mia rasa beruntungnya mereka,
Mia sayang ibu,
Mia Rindu ibu,
Mia kasih akan ibu,
Ibulah segala-galanya buat mia,
tetapi
Allah lebih sayang akan ibu,
Mia pasrah dengan ketentuan-Nya.
Mia menyeka air mata yang mengalir. Segera Mia turun ke dapur untuk memasak untuk ayah. Setelah menyuapkan ayah untuk makan tengahari, Mia memberanikan diri untuk bertanya kepada ayah kenapa ayah melayan Mia begitu teruk? Ayah tidak menjawab. Mia tanya lagi, kenapa ayah? kali ini ayah mengalirkan air mata. Mia rasa bersalah lalu meminta maaf. "Mia minta maaf ayah sebab melukakan hati ayah. Tak pe lah jika ayah tidak mahu menceritakan, Mia tak nak paksa ayah." Mia segera mengangkat punggungnya untuk menuju ke dapur tetapi ayah menghalangnya. Ayah memegang tangan Mia. Mia mengusap tangan ayah lembut dengan penuh kasih. Ayah merenung mata Mia sedalam-dalamnya. Mia lihat ayah seperti berat untuk meluahkannya. Mia menunggu ayah meluahkannya.
"Wajah kamu dan akak kamu sama macam ibu kamu" akhirnya kalimah itu muncul daripada mulut ayah. Mia hairan. "muka kami memang hampir sama dengan ibu. Ayah marah dan benci kat ibu sampai menyeksa kami macam begini?" Ayah berkata " Tidak. Ibulah insan yang paling ayah sayang dan kasih. Ayah tidak dapat terima hakikat yang ibu pergi. Bila terpandang wajah kamu berdua, buat ayah rindu pada ibu. Timbul rasa marah ayah pada ibu kamu kerana meninggalkan ayah. Itu yang kamu menjadi mangsa" Mia terpaku dengan kata-kata ayah. Ayah berkata lagi " kini ayah menyesal dengan perbuatan ayah. Ayah tahu kamu berdendam dengan ayah kerana melayan kamu begitu teruk sekali" "saya dah lama maafkan ayah sebab ayahlah segala-galanya bagi saya." Kedua beranak itu berpelukan sambil mengalirkan air mata.
10 tahun kemudian
Mia melihat maisara berlari keanak-anakan menuju kepada dia. Mia segera memeluk erat si kecil itu, lalu mendukungnya. Anak kecil itu bertnaya " Ummi kenapa kita datang kat tanah lapang yang ada batu tercacak?" Mia ketawa mendengarnya " Kita nak pergi melawat keluarga ummi" Maisara hairan " Keluarga Ummi duduk kat sini ke? Tiada rumah pun" Mia hanya tersenyum mnedengarnya lalu menuju ke 3 kubur. "Ini lah keluarga Ummi, ini atuk, pak long dengan mak ngah"
Apabila melihat kubur tersebut, Mia berasa sedih. Ayah pergi meninggalkan Mia setelah Mia berjaya mendapatkan segulung Ijazah. Tidak sempat untuk menghadiri konvo Mia. Abang pula meninggal setelah tidak tahan dengan sebatan yang diterima setelah hukuman merogol budakbawah umur. Akak meninggal dalam keadaan tragis. Mayatnya kena kerat dengan along disebabkan kekasihnya meminjam wang daripada along. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah.
"Mari kita baca yasin dengan sedekah fatihah kepada atuk, pak long dengan mak ngah". Si comel itu mengangguk. Setelah melawat kubur, Mia berjalan berpimpin tangan dengan suami tercinta dan si kecil menuju ke kereta untuk pulang ke rumah tercinta. Mia rasa bahagia kerana dapat membina keluarga bahagia setelah kenangan pahit selama ini. Mia bersyukur kepada Allah maha Esa.
Sekian.
Untuk membina bangunan yang selamat diduduki perlulah menggunakan asas bangunan yang kukuh(akidah), tiang yang kuat(solat) yang mengikut panduan yang ditetapkan (al-Quran & as-Sunnah)
Jenis-jenis Tudung
Bismillahir Rahmannir Rahim
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Entry kali ini ana nak ceritakan jenis-jenis tudung. Ia dipetik daripada majalah solusi isu 41. Harap perkongsian ini amat bermakna kepada pembaca sekalian. Terdapat empat jenis "tudung"
1. "Tudung pada mata"
Jangan matanya memandang kepada lelaki/wanita yang bukan mahramnya. Soleh/solehah hakiki adalah tidak dipandang dan tidak memandang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Semua mata menangis pada akhirat kelak kecuali mata yang dipejamkna daripada memandang apa-apa yang diharamkan, mata yang berjaga pada waktu malam dalam berjihad di jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takut akan Allah."(Riwayat al-Dailami)
2. "Tudung" pada wajah
Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikannya khusus buat suami bukan pameran untuk lelaki ajnabi
3. "Tudung" pada hati
hatinya terpaut pada mengingati Allah. InsyaAllah, apabila seseorang mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.
4."Tudung" pada suara
Jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempesona. Allah berfirman yang bermaksud:"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (Surah al-Ahzab ayat 32)
berdasarkan apa yang ana tulis kembali daripada majalah solusi isu 41, diharapkan para pembaca mengambil pengajaran daripadanya. Untuk tahu lebih lanjut, beli lah majalah solusi. Walaupun harganya agak mahal iaitu RM10 tetapi berbaloi dengan isi yang mencakupi semua aspek. Banyak ilmu yang diperolehi daripada Solusi.
Akhir kalam, Jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.

![]() |
| Tundukkanlah pandangan kamu (Surah An-Nur Ayat 30-31) |
2. "Tudung" pada wajah
Jangan dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata orang ramai. Kecantikannya khusus buat suami bukan pameran untuk lelaki ajnabi
![]() |
| kan cantik begini |
hatinya terpaut pada mengingati Allah. InsyaAllah, apabila seseorang mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yang muncul dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.
4."Tudung" pada suara
Jangan dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempesona. Allah berfirman yang bermaksud:"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (Surah al-Ahzab ayat 32)
![]() |
| Jangan lunakkan suara agar hati terjaga |
berdasarkan apa yang ana tulis kembali daripada majalah solusi isu 41, diharapkan para pembaca mengambil pengajaran daripadanya. Untuk tahu lebih lanjut, beli lah majalah solusi. Walaupun harganya agak mahal iaitu RM10 tetapi berbaloi dengan isi yang mencakupi semua aspek. Banyak ilmu yang diperolehi daripada Solusi.
Akhir kalam, Jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.
Pokok Kelapa
Bismillahir Rahmannir Rahim
Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Kaifa haluka/ki? Ana bikhair. Entry kali ini ana nak cerita mengenai pokok kelapa. Apa kena mengena dengan pokok kelapa pula ye? Pokok kelapa ni banyak manfaat yang kita boleh perolehi daripadanya. kenapa ana berkata sedemikian?
Setiap bahagian bermanfaat kepada semua. Batangnya boleh dibuat jambatan. Lidinya boleh dibuat penyapu. Buahnya memberi kenikmatan dan kelazatan bagi yang memakannya. Airnya menjadi penawar dan penghilang kehausan. Santannya dibuat masakan. sabutnya dibuat berus. Tempurungnya menjadi permainan kanak-kanak dan menjadi sukatan beras untuk menanak nasi. Ia juga menjadi tazkirah yang bermakna kepada ana. Tazkirah? Pelik ke?
Apabila melihat pokok kelapa ana merasa sebak dan insaf. Buahnya yang luruh tanpa mengira tua atau muda. Hal ini mengingatkan kepada ana bahawa kematian ini tidak mengira tua atau muda. Bila-bila masa atau dimana sahaja. Allah akan memanggil sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Ana takut sangat bila Allah panggil ana dalam keadaan ana yang berdosa. Ana takut sangat. Selain itu, pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan. Ana perlu buang faktor-faktor yang boleh menyebabkan hati ana mati dalam diri ana.
Terpandang pada putik bunganya yang jatuh berguguran, ana rasa tiada masa nak banyak ketawa. Takut Allah tarik nyawa ketika itu ana tiada masa untuk mengucap dan mengingati-Nya. Ana sedar, kalau banyak ketawa hati akan mati dan lalai daripada mengingati-Nya. Nauzubillah. Semoga dijauhkan.
Akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, Jagalah Iman agar hubungan Allah terjaga. Wallahualam.

![]() | |
| putik kelapa |
Akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, Jagalah Iman agar hubungan Allah terjaga. Wallahualam.
Pulang
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum, dah "berhabuk" blog ana sebab tak diupdate dengan post terbaru. Asif ala kulli hal, ana tiada kesempatan untuk update sebab sibuk dengan Final Exam dan mengemas pulang ke kampung halaman ana di Pontian, johor. Berakhirnya dengan final exam tersebut, insyaAllah habislah diploma ana.
sekarang ana telah berada di kampung halaman bersama abah dan mama yang tercinta. Membantu abah mengecat rumah disamping dapat meluangkan masa berewang untuk menyambut maulud Nabi SAW kat kampung setelah hampir tiga tahun tidak berewang. suasana yang ana rindui sangat2 semasa belajar di uitm Penang.
Asif utk entry kali ini tidak dapat untuk bercerita panjang dan berkongsi ilmu...kejar masa untuk ambil adik ana balik tuisyen kat bandar. Jika diberi kekuatan dan masa, ana akan update selalu blog ana.
Akhir kalam, jagalah pandangan supaya hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.
Assalamualaikum, dah "berhabuk" blog ana sebab tak diupdate dengan post terbaru. Asif ala kulli hal, ana tiada kesempatan untuk update sebab sibuk dengan Final Exam dan mengemas pulang ke kampung halaman ana di Pontian, johor. Berakhirnya dengan final exam tersebut, insyaAllah habislah diploma ana.
| Home sweet Home |
Asif utk entry kali ini tidak dapat untuk bercerita panjang dan berkongsi ilmu...kejar masa untuk ambil adik ana balik tuisyen kat bandar. Jika diberi kekuatan dan masa, ana akan update selalu blog ana.
Akhir kalam, jagalah pandangan supaya hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.
Pahit terubat setelah manis datang
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. hari ini ana nak kongsikan pasal kisah semalam iaitu pada 23/3/2012. Pagi itu seperti biasa selepas solat subuh ana pun meneruskan kerja ana setiap pagi dengan menulis blog ini. Sesudah itu, ana pun bersiap untuk p belajar kerana akan ada exam pada hari ahad. pagi itu ana pun ke bilik pensyarah untuk tengok carrymark dan markah test 2 tapi pensyarah belum keluarkan lagi. jadi ana pun belajar sehingga jam 11 pagi.
Sesudah itu ana pun balik ke bilik. niat hati nak berfacebooking tapi Naqib ana call ajak buat halaqah kami yang terakhir buat semester ini. dalam halaqah tersebut, kami berbincang macam mana dengan program terdekat dengan program semester hadapan. setakat ini program terdekat ialah BBQ di rumah Naqib dan mendaki gunung di kuala kangsar pada cuti semester. ini memang dinantikan cuma sedih sebab tidak bersama diorang lagi kerana ana sudah berada di semester terakhir. Sesudah itu, kami pun keluar p makan di Perda. Ana pada mulanya tidak mahu pergi sebab dah makan dan tidak bawa kad pengenalan tapi Ustaz paksa ana untuk pergi juga. Ana p dalam keadaan serba salah.
sesudah makan kami pun bergegas pulag ke uitm kerana ingin menunaikan kewajipan kami sebagai umat Islam bergelar lelaki iaitu solat jumaat. Ana begitu tertarik dengan penyampaian khutbah jumaat tersebut. "Penggunaan ICT adalah untuk memindahkan maklumat manakala personaliti pensyarah membantu perpindahan nilai dan adab kepada pelajar. Akhir nanti akan lahir murid berilmu dan beradab bukannya jahil dan biadab" Menarik bukan?
@
Dalam khutbah tersebut juga disampaikan moto UiTM iaitu Usaha, Takwa dan Mulia.Ana nak tekankan mengenai TAKWA. dalam tulisan jawi ialah ta, kof, wau dan ya. minta maaf lappy ana x de tulisan jawi.
Ta = Takut hanya kepada Allah
Kof = Qana'ah yang sentiasa berasa cukup dengan sedia ada
wau = Warak
Ya = Yakin perbuatan itu benar mengikut syariat Islam
sampai sini sahaja sebab ana tiada kesempatan nak tulis apa yang berlaku pada sebelah petang kerana ia terlalu pahit dan manis. Cuma ana kesal sebab tidak datang ke kuliah pengajian kitab mengenai Nikah di Pusat Islam kerana peristiwa pahit yang berlaku. akan tetapi ia terubat dengan peristiwa manis pada petang itu juga. Benar orang kata yang pahit tidak akan pahit selamanya dan yang manis tidak akan selamanya.
akhir kalam, jagalah penglihatan agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hati terjaga, jagalah hati agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.

| Beradab |
![]() |
| Biadap |

Luahan Rasa
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum dan selamat menyambut penghulu hari iaitu hari jumaat. sempena hari jumaat ini kita disunatkan atau digalakkan untuk membaca surah kahfi yang bertujuan menghalang fitnah dajjal dan seterusnya mendapat keberkatan antara jumaat. Selain surah kahfi juga, kita digalakkan membaca surah Ad-Dukhan, As-Sajjadah dgn Al-Insan. Banyak manfaat yang diperolehi daripada surah tersebut.
![]() |
| Tidur Lepas subuh |
Rezeki yang dimaksudkan disini ialah bukan duit sahaja, ilmu pun dikira rezeki. Jika lepas subuh ini kita gunakan untuk belajar insyaAllah ilmu yang dipelajari terus diingati didalam otak kita. Masa yang digunakan lepas subuh ini hendaklah dimanfaatkan dengan betul. jika anda tidak mahu study lepas subuh, anda boleh buat macam ana. berblogging pagi-pagi. he3x..
Ana berblogging pagi-pagi untuk menghilangkan ngantuk dan menunggu waktu dhuha. lepas dhuha baru boleh study. itu yang selalu anan buatlah. kalau anda nak ikut, boleh sahaja.
Tidur lewat sebab belajar, layan movie dan macam-macam lagi. Sebenarnya bagi ana kalau nak tidur biarlah tidur awal dalam jam 11 malam dan bangun pada jam 3 pagi untuk berqiamulail, baca al-Quran dan menyambung belajar. Masa ini lah sesuai untuk belajar. Otak segar je bukan masa ini anda berjaga untuk belajar. Sepatutnya anda tidur untuk merehatkan minda dan badan dan apabila anda dah segar anda bangun untuk belajar. Berqiamulail campur dengan membaca Al-Quran ini hanya mengambil satu jam 30 minit itupun jika buat solat sunat tasbih yang mengambil masa selama 30-40 minit. JIka tak mapu buatlah, solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir. itu sudah cukup. lepas itu baca Al-Quran dalam satu muka dan belajar. InsyaAllah, apa yang kita belajar itu dapat kita ingat.Ana nak tekankan disini ialah kepentingan berqiamulail
![]() |
| Layan movie |
![]() |
| Belajar |
Sebelum mengundur diri, ana tinggalkan persoalan kepada semua, jika anda tidur lewat, macam mana nak berqiamulail, macam mana nak solat subuh berjemaah di masjid? Seorang pendeta yahudi pernah berkata" Jika ingin melihat Islam maju atau jadi agama yang digeruni, tunggu sehingga Jemaah Solat Subuh sama banyak dengan solat Jumaat". Anda tak terasa terpukul dengan "statement" pendeta yahudi tesebut ke? tepuk dada tanya Iman.
![]() |
| Indahnya bila Subuh mempunyai ramai jemaah sebegini |
Akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.
Remaja
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum, hari ini ana nak bincang mengenai isu remaja. Kenapa ana nak cerita pasal remaja? sebabnya ana ni remaja juga walaupun bakal meninggalkan alam remaja tidak lama lagi dalam setahun lebih lagi. sebelum itu, kita mestilah tahu maksud remaja. Apa itu remaja? Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Anda pilih yang mana?
VS
Ciri-ciri remaja pula ialah:
- Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa
Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial. - Suka berangan-angan
Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan. - Senang Terpengaruh oleh Emosi
Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap
![]() |
| Suka Berangan |
![]() | |
| Berkawan dengan rakan sebaya |
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, rohani, sosial dengan emosi. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa “bermasalah”. Bermasalah? orang kata remaja ini bermasalah? betul ke?
![]() |
| pakai tudung tapi nampak bawah? x de masalah |
![]() |
| Tak takut jatuh ke? |
![]() | ||||
| Merokok pakai baju sekolah? |
![]() |
| Tak malu ke bercium depan orang ramai? |
"masalah" ke remaja sekarang? ana rasa gambar ni belum cukup bermasalah lagi. ada lagi gambar lebih "baik" daripada gambar kat atas tapi ana malu dan tak sanggup nak tengok. Ana tak tahu macam mana remaja sekarang ini sanggup buat macam ini. Remaj sekarang ini hanya Islam pada nama dan IC sahaja. Bila ditanya pasal rukun solat, tergagap-gagap menjawab.
yang jadi isu hangat sekarang, isu COUPLE or dalam melayunya berpacaran. kalau dah couple ni mesti ada istilah, baby-sayang, papa-mama, ibu-ayah. macam orang dah kahwin pun ada. yang lebih dasyat bila budak sekolah agama couple panggil umi dan abi. Ya Allah. apa nak jadi remaja zaman sekarang. susah nak diucapkan.
Couple memang seronok sebab syaitan suka. Bila couple ni mesti nak duduk berdua-duaan kan? kalau ada orang lain potong stim. Dalam hadis Nabi SAW " “tidak berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga adalah syaitan" (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
ok. kita hayati firman Allah taala pulak dalam surah al-Isra' ayat 32.
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”
Allah telah berpesan kepada kita jangan menghampiri zina. tapi kita bukan hampiri malah lebih daripada itu sehingga jadi macam kat bawah ni:
Kesan daripada perbuatan ini ialah:
X cukup lagi? ada lagi
Belum insaf lagi?
Mengapa pilih jalan yang susah sedangkan ini ada?
Nasihat ana kepada antum semua jika tak mampu nak kahwin, berpuasalah. ini bersesuaian dengan Hadis Nabi SAW yang bermaksud "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).
Baiklah remaja sekalian. zaman remaja inilah zaman bersenang-lenang dan zaman untuk bersuka ria. zaman untuk berpuas-puas sebab hidup hanya sekali. itu kata antum tidak bagi ana sebab kita hidup dua kali. pelik? ye la. Hidup kat dunia ini dengan kat akhirat. kan dua kali tu? Hidup kat dunia ini sementara dan kat akhirat adalah kekal selama-lamanya. jadi jangan sia-siakan waktu muda antum semua. buatlah dan jadilah hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Renungilah firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 30:
Katakanlah(wahai Muhammad) "bersenang-senanglah kamu, karena tempat kembalinya kamu didalam neraka"
Akhir kalam, Jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)