Pokok Kelapa

Bismillahir Rahmannir Rahim

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Kaifa haluka/ki? Ana bikhair. Entry kali ini ana nak cerita mengenai pokok kelapa. Apa kena mengena dengan pokok kelapa pula ye? Pokok kelapa ni banyak manfaat yang kita boleh perolehi daripadanya. kenapa ana berkata sedemikian?

Setiap bahagian bermanfaat kepada semua. Batangnya boleh dibuat jambatan. Lidinya boleh dibuat penyapu. Buahnya memberi kenikmatan dan kelazatan bagi yang memakannya. Airnya menjadi penawar dan penghilang kehausan. Santannya dibuat masakan. sabutnya dibuat berus. Tempurungnya menjadi permainan kanak-kanak dan menjadi sukatan beras untuk menanak nasi. Ia juga menjadi tazkirah yang bermakna kepada ana. Tazkirah? Pelik ke?


Apabila melihat pokok kelapa ana merasa sebak dan insaf. Buahnya yang luruh tanpa mengira tua atau muda. Hal ini mengingatkan kepada ana bahawa kematian ini tidak mengira tua atau muda. Bila-bila masa atau dimana sahaja. Allah akan memanggil sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Ana takut sangat bila Allah panggil ana dalam keadaan ana yang berdosa. Ana takut sangat. Selain itu, pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan. Ana perlu buang faktor-faktor yang boleh menyebabkan hati ana mati dalam diri ana.

Terpandang pada putik bunganya yang jatuh berguguran, ana rasa tiada masa nak banyak ketawa. Takut Allah tarik nyawa ketika itu ana tiada masa untuk mengucap dan mengingati-Nya. Ana sedar, kalau banyak ketawa hati akan mati dan lalai daripada mengingati-Nya. Nauzubillah. Semoga dijauhkan.

putik kelapa

Akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, Jagalah Iman agar hubungan Allah terjaga. Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...