Cari Pengajaran

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Di sebuah kampung terdapat perlawanan bola sepak antara pasukan Durian Runtuh dengan Durian Tunggal. Kedua-dua pasukan tersebut masing-masing mempunyai pemain yang berbakat tinggi dan para penonton yang hadir mengharapkan dapat melihat perlawanan yang menarik antara kedua-dua pasukan tersebut. Pasukan Durian diketuai oleh Ahmad, anak ketua kampung manakala Durian Tunggal diketuai oleh Ali anak penghulu. Kedua-dua tidak suka antara satu sama lain.

Ahmad dan Ali


Seminggu sebelum itu, Ahmad dan Ali telah bertemu di hujung kampung. Tujuan utama mereka berjumpa adalah untuk mencabar mengadakan perlawanan bola. Mereka ingin melihat pasukan mana yang lebih handal kerana dalam satu kampung tidak boleh mempunyai dua pasukan kuat. Mesti mempunyai satu sahaja. Selain itu juga, mereka berdua mempunyai persamaan iaitu menyukai Jamilah, anak orang kaya kampung tersebut.  Jamilah merupakan anak yang baik dan solehah. Mencukupi pakej seorang isteri idaman. oleh itu, tidak jika dia jadi rebutan antara kacang hantu kampung mereka. Habibullah pula seorang miskin yang turut menyukai Jamilah. Dalam masa yang sama, Jamilah turut menyimpan perasaan pada Habibullah.

Jamilah

Habibullah


Walaupun keluarga Jamilah  kaya akan tetapi abi dan ummi Jamilah bukanlah orang yang kedekut. Mereka akan membantu penduduk kampung mereka yang berada dalam kesusahan. Keluarga Habibullah tidak terkecuali daripada yang dibantu oleh keluarga Jamilah. Walaupun Habibullah miskin harta tetapi dia tidak miskin dari agama dan akhlak. Dia sering membersihkan masjid kampung dia dan selalu menjadi Bilal di kampung dia. Abi Jamilah amat menyenangi Habibullah sehinggakan dia mahu Habibullah menjadi menantu dia.

Pada hari perlawanan tersebut, penyokong-penyokong yang terdiri daripada orang-orang muda mula memenuhi padang bola tersebut. Ahmad dan Ali pelik kerana tiada seorang pun orang tua dari kampung mereka yang melihat perlawanan mereka. Ayah mereka turut tiada. Uncle Rajes, Uncle Ah Meng, Pak Yakkub yang penonton setia kedua-dua pasukan turut tiada. Akan tetapi, mereka tidak kisah akan semua itu kerana yang penting siapa yang menang perlawanan tersebut akan memiliki Jamilah. Ini yang berada didalam pemikiran Ali dan Ahmad sekarang.

antara penyokong yang hadir


Perlawanan dimulakan dan Pasukan Ali mengamalkan corak menyerang yang agresif sehingga berjaya menjaringkan gol dengan perlawanan tidak sampai satu minit. semua penyokong yang hadir macam tidak percaya kerana ia merupakan rekod terbaru di kampung tersebut. Walaupun didahului oleh pasukan Ali, Ahmad tidak putus asa sehinggakan Ahmad berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan. Gol itu berpunca akibat kelalaian pasukan Ali sendiri kerana mereka yakin menang perlawanan tersebut sehingga mereka tersilap hantar bola tersebut ke pasukan Ahmad. Ahmad mengambil kesempatan itu dengan menjaringkan gol.

Perlawanan diteruskan ke masa tambahan. Pada masa tambahan tersebut kedua-dua pasukan menyerang dan bertahan habis-habisan akan tetapi tiada sebarang gol dihasilkan. perlawanan ditentukan dengan  sepakan penalti. akhirnya pasukan Ahmad berjaya menewaskan pasukan Ali dengan 2-1. Ahmad gembira kerana berjaya menewaskan Ali dan seterusnya berjaya memiliki Jamilah.


 Sedang pasukan Ahmad gembira meraikan kemenangan tersebut, lalu lah tiga sekawan iaitu Uncle Rajes, Uncle Ah Meng, Pak Yakkub. Mereka merupakan idola kampung mereka kerana mereka bertiga merupakan bintang bola sepak negeri mereka.Ahmad pun pelik kerana melihat mereka memakai batik lalu Ahmad menahan tiga sekawan tersebut.

Ahmad: Uncle,pak cik berhenti sekejap.
Rajes: owh, Ahmad, ada apa? kami dah lewat ni.
Ahmad: Lewat? Nak Pi mana lawa-lawa gini? nak kahwin ka?
Yakkub: Apa lah budak sorang ni. memang bola je dalam ingatan dia. Padanlah orang kamu panggil kamu kacang hantu. Tak ambil tahu pasal masyarakat sekeliling. Ayah kamu tak bagitahu kat kamu ke?
Ahmad: Bagitahu apa pak cik?
Ah Meng: Aiya, Ahmad. ini hali Jamilah sama itu Habibullah nak kahwin ma. itu lu talak tahu ka? memang lu orang banyak kolot lah.
Ahmad: Jamilah? Habibullah? Kahwin? betul ka uncle?
Rajes: betul lah. tak kan kami nak tipu pulak.
Ahmad: Sudahlah kamu semua. Kami dah lewat ni. Perut kami dah lapar. Nanti habis pulak lauk kenduri. Jom kawan-kawan kita pergi tinggal budak-budak ni. Orang lain sibuk uruskan majlis, diorang sibuk main bola. Apa nak jadi? tak tahu lah.



Mereka pun berlalu meninggalkan Ahmad yang sedih dan tak percaya dengan berita tersebut. Dia rasa seperti dalam mimpi. Apa guna dia buat perlawanan tersebut? Apa guna dia menang perlawanan tersebut tapi Jamilah tidak dimiliki? Ahmad seperti orang yang kurang waras. Di majlis perkahwinan, Jamilah dan Habibullah telah selamat diijab kabulkan oleh Abi Jamilah sendiri. Mereka berdua begitu bersyukur kerana dapat bersama.



TAMAT.

Apa pengajarannya? boleh kesan tak?

Zzzzzzzzz

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Assalamualaikum kepada pembaca, entry kali ini ana nak ceritakan pasal TIDUR. kenapa ana pilik tajuk sedemikian? nak tahu? sebelum kita pergi jauh kita mesti tahu maksud tidur. Menurut kamus dewan, tidur itu satu kerja yang turut bersinonim dengan beradu, bobok, membuta. 

Selain itu, ada peribahasa berkaitan dengan tidur "Tidur tak lelap, makan tak kenyang.Bermaksud :Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam)


Dalam puisi melayu juga ada :
Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.


Syoknya tidur


Untuk mendapatkan tidur yang cukup dan yang ideal, bagi orang dewasa ialah 4-6 jam sehari dan bagi pelajar pula ialah 6-8 jam. akan tetapi ramai sekarang tidak mendapat tidur yang cukup disebabkan leka dengan dunia. walhal Nabi amat menitikberatkan pasal tidur. Tidur dan merehatkan badan merupakan satu tuntutan di dalam Islam sebagaimana yang diceritakan di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim; “Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur,”.Begitulah Islam menggambarkan betapa pentingnya tidur dan hak menjaga tubuh badan bagi seseorang muslim.

Jangan jadi macam ni ye


Mengapa tidur begitu penting kerana ia memudahkan kita beribadah kepada Allah pada malam hari. kita boleh lihat surah al-Muzzammil ayat 1-4 "Wahai orang yang berselimut, Bangunlah (untuk salat) pada malam hari kecuali sebagian kecil,separuhnya atau kurang sedikit dari itu,atau lebih dari seperdua itu dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan". Bila kita dapat tidur yang cukup mudahkan kita beribadah pada Allah setelah siang hari kita berhempas pulas mencari nafkah atau rezeki untuk keluarga kita ataupun mencari ilmu dengan menghadiri kelas-kelas.Perkara pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim, solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Bangunlah untuk solat malam


Umat Islam juga disunatkan untuk membaca doa sebelum tidur memandangkan kita tidak sedar tentang apa yang berlaku terhadap diri dan tubuh badan kita ketika tidur serta hendaklah berserah tawakkal kepada Allah SWT sepanjang lena kita. Selain itu juga, kita bolehlah baca surah an-nas, al-falaq dan al-ikhlas sebelum tidur agar dilindungi daripada sihir atau ganngguan syaitan. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk mengibaskan kain (cadar) atau tikar (pelapik tempat tidur) sebanyak tiga kali sebelum merebahkan badan bagi menghindar sebarang kekotoran atau benda yang memudaratkan seperti paku, jarum dan sebagainya dari terkena tubuh ketika tidur.Sahabat baginda, Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasullah SAW telah bersabda yang mafhumnya;“Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikibaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:
“Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh,” – Riwayat Imam Muslim.


Bayangkan ini diatas katil anda

Dan setiap kali Rasulullah bangun selepas selesai waktu tidurnya, baginda akan mengucap syukur dengan membaca:"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepadaNya lah tempat kembali".

Kesimpulannya, Islam telah mengajar umatnya macam mana etika nak tidur dan kepentingan tidur. Jadi kita hendaklah mengamalkannya agar dengan tidur pun kita dapat beribadah secara tidak langsung.

Akhir kalam, jagalah pandangan agar hati terjaga, jagalah hati agar Iman terjaga, jagalah Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. Wallahualam.


Bila Exam Menjelang Tiba

Bismillahir Rahmannir Rahim,

Assalamualaikum, kepada pembaca sekalian.

Hari ini genaplah 4 hari pelajar-pelajar diploma di bumi uitm penang ini menghadapi peperiksaan dan ada juga yang sudah habis menjawab peperiksaan. Selamat berjaya menjawab peperiksaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Peperiksaan. Ini yang berada dalam pemikiran mahasiswa sekarang. Apabila tiba musim ini je,setiap semester sepanjang 6 semester ana berada di bumi penang ini ia tetap tak berubah iaitu pertambahan saf di Pusat Islam. Kalau di kala tiada peperiksaan saf hanya dua atau tiga, akan tetapi bila tiba musim peperiksaan sahaja saf akan bertambah menjadi 5-7 saf. Alhamdulilla berjemaah di Pusat Islam berbanding mereka yang tidak pergi. Ia bagus cuma isu yang ana ingin tekankan di sini ialah adakah bila tiba musim peperiksaan baru kita ingat Allah? hari-hari lain tidak? mari tanya diri kita sendiri. cek Iman kita.

Ana ingin bersangka baik disini dengan mengatakan antum semua ini mempunyai kelas malam dan solat di masjid berdekatan serta berjemaah di bilik. Cuma ana nak kongsikan yang tidak sah solat lelaki itu jika dia solat dirumah walhal dia mendengar azan dan masjid berdekatan dengan rumahnya. Apa yang dapati ialah kolej-kolej di UiTM Penang ni semua berdekatan dengan Pusat Islam dan boleh mendengar laungan Azan. Fikir-fikirlah wahai ikhwan sekalian.

Ana nak bagi teori menarik yang ingin dikongsikan bersama. Apabila enta nak mendaki gunung, sudah pasti enta memerlukan tali sebagai penyokong tubuh enta kan? Enta percaya bahawa tali itu mampu menjaga enta sepanjang perjalanan menuju puncak gunung. Enta akan jaga tali tersebut dengan betul dan cermat kerana enta bimbang enta akan ditimpa musibah. Begitu juga kita. Kita semua memerlukan pegangan atau panduan yang kukuh untuk membawa kita ke arah kehidupan yang baik. Panduan yang diberikan kepada kita ialaha al-Quran dan As-Sunnah. Selagi kita berpegang teguh kepada dua-dua ini insyaAllah kita tidak akan sesat sama sekali.

Kembali kita kepada peperiksaan. Menurut Prof Izzi " jangan anggap mudah persiapan mutakhir peperiksaan. Ingatlah kuda tergelincir disebabkan batu yang kecil, bukannya batu yang besar". Terdapat pelajar mengambil mudah mutakhir peperiksaan dengan tidur lewat pada malam peperiksaan, berlebihan makan sebelum peperiksaan. Ini semua akan membuatkan kita semua rasa panik dan seterusnya menganggu konsentrasi kita terganggu.

Isu sekarang yang ingin ana tekankan adalah kita akan ingat Allah bila tiba musim periksa. Masa ini lah doa tak putus-putus, solat malam tak tinggal, solat hajat dan macam-macam amalan sunat yang kita buat agar lulus periksa walhal kita tak lakukan semua itu sebelum musim peperiksaan tiba. Nak solat fardhu pun liat, kalau solat pun dah nak habis baru solat. Adakah Iman kita hanya tiba musim periksa? Allah hanya wujud bila kita nak hadapi periksa? sila jawab sahabatku sekalian. kalau jawapan antum ya, masya Allah, memang antum semua hanya Islam pada nama. Kita sebagai umat Islam dan Nabi Muhammad SAW hendaklah melaksanakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Marilah renung kembali diri kita sahabat sekalian. Kita tepuk dada dan muhasabah diri kita, tanya diri kita, dimana tahap Iman kita? adakah diparas hidung? dada? lutut?

Janganlah kita menjadi seperti kaum nabi Saleh, nabi Nuh dan bani Israel. Bani Israel mempunyai ramai Nabi yang diutuskan kepada mereka tetapi mereka ingkari, mereka bunuh nabi mereka. Dahulu mereka dipilih menjadi umat yang terpilih, diselamatkan oleh Allah dari Firaun diberi makanan dan minuman syurga tetapi mereka tetap ingkar arahan Allah. Biarlah kita menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. yang patuh pada perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Biarlah kita ingat Allah setiap saat. Jangan dikala susah baru ingat Allah. Diwaktu senang kita lupa Allah.

Akhir kalam, Jagalah pandangan agar hati terjaga, jaga hati agar Iman terjaga, jaga Iman agar hubungan dengan Allah terjaga. wallahualam.

Akhirnya kumiliki

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.

 semester ini merupakan semester terakhir ana di bumi tercinta Penang ni. Jadi kertas Final Exam pun menjadi 3 paper sahaja. Dengan izin Allah, Alhamdulillah tadi petang ana berjaya menjawab peperiksaan akhir semester kertas yang pertama iaitu ETR300(Business).  Tinggal 2 paper lagi untuk ana harungi dan berjuang iaitu pada 25(ECS328-steel desgn) dgn 28(ECM307-Construction Management) mac  ini. Doakan ana berjaya menjawabnya dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

 Alhamdulillah tadi petang ana berjaya membeli sebuah buku yang ana cari selama ini iaitu "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" karangan Dr Fathi Yakan.Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan. Dr Fathi Yakan merupakan ulamak yang terkenal dan menghabiskan separuh hidupnya dengan Ikhwanul Muslimin Lubnan. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Jun 2009 pada usia 76 tahun lantaran sakit. Beliau meninggalkan isterinya bernama Dr. Mona Haddad Yakan beserta 4 orang puteri dan seorang putera.Semoga Allah mencucuri rahmat buatnya dan menjadikannya sebagai syuhada' di dalam perjuangan agama Islam ini. Sesungguhnya pemergiannya mendatangkan kesan yang mendalam buat para pendakwah, harakah islamiah, penulis dakwah dan buat umat Islam yang cintakan ad-Dinnul Haq ini. Alfatihah.


                                                                     Dr Fathi Yakan




Buku yang ana teringin sangat miliki berjaya diperolehi tadi petang

antara kata-kata arwah ialah:
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi malangnya mereka dipergunakan untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda. Tetapi pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi bersifat seperti kera. Pemuda yang tidak mempunyai akhlak lebih dekat dengan binatang. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan. Pemuda pondan yang tiada kebaikan di dalam diri mereka. Tetapi ternyata keberkatan itu datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya

Turut berada dalam koleksi juga
Solusi yang dah tak dapat dibeli disebabkan kehabisan stok

akan muncul di pasaran minggu depan

Sebelum ana menutup kisah hari ini, ana nak kongsi sedikit kelebihan basmalah. Basmalah bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang". Dengan Basmallah dapat mengubah api menjadi sejuk disaat Namrud hendak membakar Nabi Ibrahim ke dalam tungku membara. Inilah kalimat yang Saidina Ali Bin Abi Thalib yang dimuliakan wajahnya katakan beliau harus menuliskan tafsir bismillah, maka diperlukan 40 ekor unta untuk membawanya. Selain itu, Rasulullah bersabda: doa yang diawali dengan Bismillahir Rahmanir Rahim tidak akan ditolak. jadi marilah kita sebelum memulakan sesuatu bacalah basmallah dan mengambil keberkatan dengan nama Allah ini.

Akhir kalam,Jagalah pandangan agar hati terjaga, Jagalah hati agar Iman terjaga, Jagalah Iman agar Hubungan dengan Allah terjaga. wallahualam.

Pelik tapi tak pelik

Bila berjubah di tempat awam dikatakan pelik tapi tak pelik bila berseluar pendek nampak bulu kaki
Bila berkopiah dan berserban dikatakan pelik tapi tak pelik bila bertopi, rambut macam landak
Bila bertudung labuh untuk menutup bahagian dada dikatakan pelik tapi tak pelik bila free hair, rambut perang karat nampak dada
Bila berbaju labuh untuk menutup bentuk tubuh dikatakan pelik tapi tak pelik bila pakai baju adik-adik nampak gunung-ganang, lurah dendam dan pusat bumi
Bila tiada pasangan bercinta diktakan pelik tapi tak pelik bila ada awek /balak ke hulu ke hilir macam suami isteri, mengandung anak luar nikah, berzina
Bila wanita menjaga batasan pergaulan dengan lelaki diktakan pelik tapi tak pelik bila wanita berpelukan di khalayak ramai, bercumbu-cumbuan, ketawa mengilai macam syaitan
Bila kita tegur pasangan couple dikatakan pelik tapi tak pelik bila orang mengumpat, mengeji orang lain
Bila kita buat sesuatu yang ikut ajaran Islam dikatakan pelik tapi tak pelik bila buat jahat yang tidak patut diikuti

Ingatalah saudara, saudari sekalian,

yang dikatakan pelik itulah ajaran Islam yang sebenar, agama Allah yang dibawa oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW. kita ikut dapat pahala dan kita tinggal dapat dosa

yang dikatakan tak pelik itulah godaan dan permainan syaitan untuk menyesatkan anak cucu Adam seperti mana yang syaitan laknatullah ini minta daripada Allah sebab bersa sombong dan angkuh tidak mahu sujud kepada Adam.

oleh itu, saya minta kepada pembaca sekalian agar menjaga Iman, jaga akhlak agar diri kita sentiasa terus berada dalam nikmat Iman dan Islam. semua bermula dengan diri kita. tepuk dada tanya Iman. jangan tanya selera nanti badan binasa.jagalah pandangan agar hati terjaga, jaga hati agar Iman terjaga, jaga Iman agar hubungan dengan Allah terjaga.

detik-detik Terakhir di Universiti Islam Teknologi MARA Pulau Pinang

Assalamualaikum.

lagi 3 minggu ana akan meninggalkan universiti kesayangan ana. ana akan merindui suasana yang tenang dan damai disini yang ana tidak akan jumpanya di johor. ana amat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran disini. jika ana tidak dimasukkan disini, ana pun tidak tahu macam mana dengan kehidupan ana. mungkin akan menjadi lebih teruk dari zaman sekolah menengah ana. ana tidak akan membuka kisah lama mengenai ana yang bisa mengaibkan diri ana sendiri.

di sinilah ana diberi hidayah oleh Allah dengan diberi sahabat yang membantu ana mendekatkan diri pada-Nya. ana akui ana jahil mengenai agama. solat pun lopong-lopong dan selalu tidak solat. Alhamdulillah, apabila masuk disini, kawan ana sering mengajar erti solat dan kelebihan solat berjemaah. ana dapat banyak ilmu agama dan terus mencintai ilmu agama sehingga sekarang. terasa jahil dan masih kurang ilmu di dada.

walaupun dihantui dengan dosa-dosa silam dan sering dipanggil ustaz oleh kawan-kawan apabila pulang ke johor sejak ana berubah, tetapi semua itu ana anggap cubaan  yang di berikan Allah untuk menguji diri ini. ana sering menasihati diri ini agar terus istiqamah dalam melakukan sesuatu. sekurang-sekurangnya ada sesuatu yang ana buat secara berteusan daripada tiada. Istiqamah itu penting dalam melakukan sesuatu.

Di sini jugalah ana kenal dengan kawan-kawan yang gila-gila sehingga terhanyut seketika. tetapi Allah maha penyayang, diperkenalkan seseorang yang mengajar ana erti kemanisan ukhwah. di sini ana mengenal erti ukhwah yang kadang-kadang timbul rasa ruginya kerana tidak diberi hidayah awal-awal untuk mengenal erti ukhuwah. ana berasa bersyukur walaupun diberi satu sem untuk menyertai usrah tersebut tetapi ana berasa amat kasih dan sayangnya kepada sahabat-sahabat sekalian. ana sayang antum semua.

di sini juga ana menyayangi seseorang yang ana sebutkan tadi yang mengajar ana kemanisan ukhuwah. ana menyayangi akhwat tersebut disebabkan dia lah ana dapat mengerti kemanisan ukhuwah. ana suka melihat dia kerana agama yang dimilikinya tetapi dia mempunyai seseorang yang lebih layak dari ana. ana sering berharap dan berdoa agar kami disatukan jika ditakdirkan bersama. berserah kepada Allah. Allah lah sebaik-baik perancang. biarlah ana mengadu dan meluahkan perasaan sayang ana kepada die melalui Allah. tetapi ana berasa sebak sebab melihat akhwat tersebut sedikit berubah. menyimpang sedikit.

Jika dahulu semasa ana datang ke sini Pusat Islam tidak banyak buat kuliah maghrib sekarang ni setiap malam kecuali sabtu dengan ahad dipenuhi dengan kuliah maghrib. banyak ilmu yang ana dapat dari Pusat Islam di sini. Begitu bermanfaat dan berguna sekali tersebut. ana berpendapat bahwa untuk menarik minat orang-orang muda sekarang ini untuk berjemaah ke masjid, maka kita perlulah untuk mengadakan kuliah-kuliah di masjid. insyaAllah, itu akan dijadikan tugas ana semasa di kampung ana. di kampung ana, kuliahnya hanya sebulan sekali.

banyak yang ana dapat di sini sehinggakan tak termampu oleh ana untuk menulisnya. setakat di sini sahaja penulisan blog ana. ada masa, ada tenaga insyaAllah akan terupdate lah blog ana. sedikit pesanan dari penaja jaga pandangan, hati terjaga, jaga hati iman terjaga. wallahualam. assalamualaikum.


Perkhemahan Di Dusun Sg Sedim

pada 21 & 22 hb februari yg lpas ak mnyertai perkhemahan di Sg Sedim. wrga kmpus UiTM Penang ni sbuk berpusu-pusu utk plang ke kg hlman tpi ak p mnyrtai prkhemahan di sg sedim. perkhemahn ini under NGO Islam yg brtujuan mengeratkan ukhuwah antara kami dan strusnya memantapkan akhlak kami semua. Perkhemahan ini disertai sramai  25 org dari uitm penang, unikl dan usm trmasuk urusetia. poli dan kolj komuniti x dpt join sbb ad mslh yg x dielakkan.

kami bertolak pada 21hb ptg lpas zhur.dgn 2 krta dan stu moto  dri uitm, msing stu dri usm dan unikl. kami tiba tpat jam 4 ptg. smpi kat stu kami trus mncari tpak prkhemahan iaitu di dusun drian kat stu. nasib ak baik sbb msa tu mmg msim durian. he3x. lama x mam drian. mmg mngidam nk mkn pun. akbt lwat smpi kmi pun mndirikan khemah dan solat asar brjemaah di dusun trsebut. selepas solat kami dmnta utk brkmpul sbb ad modul yg nak dilakukan iaitu sesi taaruf antara kami. taaruf itu ialah sesi pengenalan. mla2 rasa sgan nak prknalkan dri sbb x knal lgi. lpas sesi perkenalan kami dmnta main mcm2 prmaianan yg mngeratkan ukhuwah antara kami dan mmbntu kami utk mningati nama mreka. setelah selesai, kami pun membersihkan dri kat sg sedim yg mmg brada di kpala lg sbb mla2 smpi tgok sg yg mngalirkan air yg deras dan jernih. bgitu indah ciptaan Allah.

setelah membersihkan dri, kami pun mnunaikan solat maghrib  berjemaah dan tazkirah rgkas oleh ustaz fadlon. kami mmbaca mathurat sementara mnggu mknan msak stlah salat isya brjemaah. slpas itu, kami main permaiann  "candle war". permaianan ini adalah dimana stiap ahli diberi sbtg lilin pndek yg ahli trdiri dri 7 org. stu ahli kmplan akan ditawan di kbu msuh tnpa lilin yg mnyala mnakala ahli kmplan lain lilinnya mnyala. msuh dibnarkan meniup lilin sampi padam dan apabila padam, ia dianggap mati. game ini seronak dan mmrlukan ukhuwah yg mntap utk mmbntu kawan kita yg brada dlm twanan msuh. ia jg mmerlukan strategi yg mntap utk mnewaskan msuh. game ni diolah shgga jdi 2 org stu kmplan. brlawan 7 pnjuru. kmplan ak dan fizi dri unikl brjya mnewaskan yg lain. knci kjayaan adlh biarkan msuh2 brgaduh sesama mreka dan tggu bila mreka lalai, kita ambil pluang. cara ini slalu dgunakan oleh msuh2 Islam trhadap org Islam. oleh itu, kita hndaklah waspada dgn tipu daya msuh. kesimpulan dri game ini ialah, ukhuwah yg pntg dan kita prlukan prsediaan rapi utk mnewaskan msuh2 dan mmprsiapkan dri serta mnyusun strategi apabila nak mnewaskan msuh. apabila di dunia sbnar pun sama apabila nak brdakwah dgn org, strategi dan persiapan yg lgkap diperlukan.

mlm itu, kami ditugaskan utk brjaga satu khemah sejam dan khemah ak dtgaskan pling lwat dan istimewa kna jga slam 1jam 30 mnit dri pkul 4-530pgi. tme jga tu, dgr bnyi drian ggur mcm pesta. ikut hati nak p je ktip tpi ustaz dah psan tggu siang bru ktip. bahaya. stelah mnunaikan slat sbuh, kami smua diminta trun ke sg seawal jam 645 pg. sejuk die Allah je thu. mnggil ksejukan tpi itu stu nikmat yg Allah berikan kpada kita. disebabkan sejuk sgt, kami pun brmain touch rugby kat stu. mlang skali trdapat pserta terluka di dahi. perkara ini blh brlaku sbb ad yg x ikut peraturan prmaiann. bgtu juga di dunia luar, apabila kita x ikut ap yg dgriskan oleh Islam dan x brpgang pda Al-Quran dan As-Sunnah, maka rosaklah dri mnusia itu.

setelah kjadian mlg itu brlaku, kami pun mmbersihkan dri kami. ustaz mncabar jika kami pjuang Islam, brenang ke sbrang sg. tggal 4 org yg x sbrg trmasuk ak. ak bkn x reti tpi tkut lmas sbb arus deras sgt. pgi itu, kami pun brsrapan. stlah itu, kami pun mngadakan modul dan permainan makin jauh makin syg. game ini mnyuruh kita mncapai kayu pada jarak yg skar dicapai tnpa mnjejakkan anggota bdan slpas grisan.skali lgi, game ini kna dgn objektif prkhemahn ini iaitu menerapkan ukhuwah antra kami tercapai. tanpa krjesama antara ahli kmplan, kayu trsebut x kan trcapai.

hajat utk mkn drian trcapai apabila drian trhidang dimat utk dimakan. ak makan smpi 4 bji. akbtnya bdan pnas skit dan prut memulas. he3x. jnji puas. stlah itu, kami pun kmas2 utk pulang ke uitm. stlah kemas, sesi penggulungan pun dijalankan. kesimpulan dri ap yg ak dapat sepnjg 20 jam perkhemahan ini ialah ukhuwah yg ingin diterapkan brjaya dan tercapai. ini kerana, kita x blh melakukan krja2 berseorangan dan mmerlukan kwn2 utk mmbntu kita sbagi pnyokong.selain itu, kita memerlukan persediaan yg rapi dan semangat yg kuat serta mental yg kental utk melakukan kerja dakwah ini. ini penting kerana, tanpa semua iini, tiada nilai lah hidup ini dan akan dipersoalkan di akhirat mngenai tnggunggjwab kita sbgai khalifah Allah di muka bumi ni. marilah muhasabah dri ap sumbngan yg telah kita lakukan terhadap Islam, bangsa dan negara sepanjag kita hidup? tepuk dada tanya iman.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...