NUKILAN RASA

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
membiarkan aku terkapai-kapai berseorangan menghadapi liku-liku percintaan
meredah lautan ombak yang mengganas yang penuh dengan pancaroba..

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
melawan arus dunia dengan kekuatan aku seorang,
sedangkan perjuangan itu memerlukan perjuangan kita berdua...

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
engkau membiarkan aku meredah lautan api keseorangan
yang dulu kau kata sanggup kau renangi demi aku...

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
engkau mencari aku bila kau memerlukan pertolongan
dan meninggalkan aku keseorangan bila kau tidak memerlukan aku...

Cintaku...
mengapa engkau membuat aku begini?
kau memungkiri janji kau pada aku
sedangkan kau telah berjanji padaku dan mementingkan kawan-kawan kau sahaja

Cintaku...
mengapa??
mengapa??
mengapa??

Aku pasrah denganmu..
biarlah Allah sahaja yang menentukan jodoh antara kita
sama ada ia berkekalan atau berhenti di sini sahaja...
Allah yang mengetahui...

coret-coret

pada isnin yang lepas ak dengan haziem iaitu sekretariat ak dibawah exco keselamatan dan sahsiah JPK Zamrud telah pergi mendapatkan kelulusan untuk menutup lampu di semua premis perniagaan di kampus dan kolej daripada timbalan rektor.. Alhamdulillah, surat itu lulus...

Tujuan ak buat untuk tutup lampu ni adalah untuk memastikan siswa & siswi untuk berada di bilik masing-masing selepas jam 11 malam. Disamping itu juga, memastikan tiada pelajar berdua-duaan di situ. ini adalah untuk memastikan tiada apa-apa yang pelik berlaku..

Aku sering mengatakan kepada orang yang aku tegur bahawa mereka terpisah hanya 7 jam sahaja iaitu dari 11 malam sehingga 6 pagi dan mempunyai 17 jam sehari untuk berjumpa + dating..adakah 17 jam itu tidak cukup? atau mereka nak 24 jam berjumpa? itu boleh dengan syarat KAHWIN.. its simple rule..mudah, tepat dan efisyen.

oleh itu, kepada mereka yang sedang hangat bercinta, jangan lupa sifat malu dan keluarga anda dirumah. bila  anda mencuba aksi terlarang atau menjatuhkan maruah diri, ini bermakna anda menconteng muka keluarga anda...mahukah anda begitu? sekarang bila bercinta semua indah tetapi bila berpisah semua pahit seperti hempedu..

Baginda s.a.w menyebut : " Sekiranya kamu sudah hilang sifat MALU, maka kamu boleh buat apa sahaja yang kamu MAHU ".

terimalah dan hayatilah lagu ini sebagai penutup



Yang mana satu harus ku pilih??

Antara mawar berduri dengan bunga matahari, yang mana satu harus ku pilih??
dua-duanya wangi dan ada kelebihan sendiri....

Antara permata dengan kaca, yang mana satu harus ku pilih?
dua-dua mempunyai persamaan yang sama dan sukar untuk dibezakan...

Antara wanita yang dicari sendiri dengan wanita yang ditetapkan Ilahi, yang mana satu harus ku pilih?
wanita yang dicari sendiri, menjanjikan keseronokan dunia dan sementara manakala wanita yang ditetapkan Ilahi membuatkan aku tercari-cari dan tertanya-tanya siapakah gerangannya.....

Antara cinta manusia dengan cinta Allah, yang mana satu harus ku pilih?
cinta manusia hanya sementara manakala cinta Allah kekal....

ku tak pasti yang mana satu harus ku pilih?
Ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam setiap urusan dan tetapkanlah pendirian kami terhadap oran-orang kuffar (3:147)

Semakin meningkat usia kita, semakin banyak cabaran dan godaan yang dihadapi kita. Oleh itu, banyakkanlah amalan kita semoga amalan kita melebihi atau sama dengan pertambahan usia kita.

Jangan kita menyesal di akhirat kelak kerana kurangnya amalan di dunia ini disebabkan kelalaian kita dengan keindahan dunia dan godaan nafsu serta syaitan yang sering mencari jalan untuk membuatkan kita terus lalai dan lalai daripada mengingati Allah.

oleh itu, hendaklah kita sentiasa mengingati dan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya..Semoga kita ditempatkan di syurga bersama Nabi Muhammad dan sahabat....Amin

ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API



Ertinya:
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.

H.R. Tirmizi

Keterangan
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

runsing bila memikirkannya

kAhWin??????
hmpir stiap hari aku mesti post kat wall ak pasal cinta.. bnda ni mnjadi tanda tnya setiop org kpada ak.. mereka brtnya kat ak, x sbr nk kahwin ke???
ntah lah aku x tau nk ckap mcm mana...ak rsa mcm nk khwin ttapi ap kan daya aku, aku x mampu lgi utk menyediakan nafkah zahir kepada bakal isteri aku lg..ilmu agama dan perkahwinan pun blum hbis blajar lgi...mcm mna nak bimbing ank org klu bnda basic pun x de...

ak prnah ckap kat mak ak pasal ak nak kahwin...truk jga ak kna berleter dgn mak ak...die sruh hbiskan blajar dlu dan dptkan kerja bru bleh fkir pasal khwin..tpi ntahlah kdang2 ak fkir btul jga ckap mak ak...kna ikt ckp mak..

biarlah pasal kahwin ni, biarlah Allah yg menentukan segalanya dan aku msti penuhi cita2 ak dan harapan parents aku utk mlhat ak brjya..



wasalam...

BOWLING PUNYA CITER

dah lama aku tak update blog aku...bkn aku x nak tpi disebabkan ak sibuk dengan kerja ku sebagai pelajar dan JPKZ...cerita pasal JPKZ ni....semalam tepat pada jam 10.30 pagi telah berlangsungnya pertandingan bowling antara JPK kat Ampang Superbowl Summit Bukit Mertajam..

aku dah lah lama x maen bowling ni....masa dok try, brapa kali bola tu msuk longkang...malu siot..tpi x pe. kta org game tu utk fun je...ak pun try dapatkan rentak dan first game ak dapat 100++ point dan second game mrkah ak trun dsbbkan tgn mla lenguh(alasan bgi yg klah)...disebabkan ikt kmplan, kmplan ak dapat lah tmpt ke 10/11...not bad...dan individu no23 daripada 55..huhu...

Juara bagi piala pusingan dimenangi oleh team amirrul iqbal (vice president JPKZ) dan ameer faez sebagai juara individu(highest pin)...

InsyAllah semester hadapan akn buat lagi pertandingan ni dan aku akan pastikan aku dapat hadiah tu...huhu


ok lah...sekian dari ku....

jumpa lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...